SUNGAI PETANI – Ketua kampung membawa imej dan menjadi cermin kerajaan negeri kepada masyarakat. Ketua kampung perlu faham tugas-tugas mereka dan berfungsi menjadi lidah rasmi kerajaan kepada penduduk kampung mereka.
Peringatan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Siti Ashah Ghazali dalam ucapan perasmian sempena Seminar Ketua Kampung/Komuniti Daerah Kulim di sini.
Beliau yang juga ADUN Merbau Pulas turut membidas sikap sebahagian kecil ketua-ketua kampung yang tidak menjalankan amanah yang telah diberi dengan sebaiknya.
“Kita menjamin kualiti kerja kita sendiri. MKK merupakan jawatan lantikan politik dan kena kerja bersungguh-sungguh untuk membawa imej kerajaan negeri kita sendiri.
“Ketua kampung kena segera mengenal pasti masalah penduduk kampungnya. Ambil tindakan dan berhubung dengan pegawai-pegawai berkenaan untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung dengan segera,” ujarnya.
Beliau berkata lagi, sebanyak RM2.7 juta telah diperuntukan untuk MKK dan Setiausaha MKK demi kelicinan pentadbiran dan memastikan penduduk kampung tidak terlepas dari pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri kepada mereka.
“Ketua kampung mesti menjadi mata telinga kepada projek-projek kerajaan negeri yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk kampung.
“Projek pertanian merupakan projek yang membawa keuntungan kepada penduduk kampung. Ketua kampung mesti memastikan penduduk kampungnya tidak ketinggalan dalam projek berkenaan. Sekurang-kurangnya dapat membantu mengeluarkan masyarakat kampung dari kemiskinan,” tambahnya lagi.
Beliau juga berharap, ketua kampung dapat mengadakan ‘Program Kampung’ kerana banyak faedah yang boleh diperolehi dari program tersebut. Data-data berkenaan ibu tunggal, orang-orang kurang berkemampuan, OKU, pendatang asing dan lain-lain dapat dikemaskini melalui program tersebut.
“Ketua kampung perlu tahu dan pantau kedudukan penduduk kampungnya. Berapa rumah yang perlu diperbaiki, berapa rumah yang telah diperbaiki, begitu juga dengan surau-surau dan lain-lain keperluan berkenaan.
“Ketua kampung kena kenal penduduk kampungnya, sebab itulah kita mengharapkan ketua kampung mesti dari penduduk tempatan di situ.
“Pastikan sumbangan kerajaan negeri seperti untuk pelajar IPT, guru-guru Al-Quran serta bidan-bidan, perlu diambil perhatian oleh ketua kampung. Pastikan mereka yang layak menerima di kampung kita merasai sumbangan tersebut,” tambahnya lagi.
Beliau turut mengingatkan hadirin mengenai aduan yang diterimanya mengenai sebilangan kecil ketua-ketua kampung yang tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya.
“Saya terima maklumat ada yang berfungsi dan ada yang tidak. Sekiranya yang benar-benar tidak berfungsi, cukup tempoh nanti kita akan gugurkan.
“Kita kena ingat, amanah ini akan disoal oleh Allah nanti. Apakah kita telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya? Kita menerima elaun yang juga merupakan duit rakyat, adakah kita benar-benar menjalankan tugas kita kepada rakyat?.
“Walau bagaimana pun kepada yang menjalankan tugas dengan baik, saya ucapkan tahniah, seperti yang telah ditunjukkan oleh MKK Sidam Kanan. Mereka telah menunjukkan contoh yang terbaik dan sangat ke hadapan dalam menangani masalah penduduk kampung,” ujarnya.
Beliau juga mengucapkan tahniah pejabat daerah, MKK yang dilantik semula dan lantikan baru dan mengharapkan dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.
Beliau seterusnya menyampaikan tauliah dan elaun bermula Januari hingga Mac kepada 140 MKK daerah Kulim.
Turut bersama dalam majlis tersebut termasuklah, Pegawai Perhubungan SADA Kedah, Dato’ Pegawai Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah dan ADUN Kulim.
Seminar tersebut diadakan di Pantai Merdeka Beach Resort.

No comments:
Post a Comment