Tuesday, June 28, 2011

Menara Telekom anjur lawatan sambil belajar

images/stories/Jun2011/dscn7297.jpgALOR SETAR - Menara Alor Setar dengan kerjasama Muzium Telekom dan Menara Kuala Lumpur mengadakan pakej lawatan sambil belajar untuk pelajar sekolah di negeri ini.

Pengurus Besar Menara Alor Setar, Hariyati Tahir berkata, setiap pelajar hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan mereka akan dibawa menaiki ke menara tersebut.

“Selain itu, pelajar juga akan dibawa menginap di Muzium Telekom di Kuala Lumpur selama satu malam sebelum dibawa naik ke Menara Kuala Lumpur pada keesokan harinya,” ujarnya.

Menurutnya, pihak sekolah hanya perlu menyediakan pengangkutan untuk membawa pelajar mereka manakala lain-lain keperluan seperti penginapan, makanan dan aktiviti akan ditanggung oleh pihak menara.

“Tujuan utama pakej ini diperkenalkan kepada pelajar khususnya pelajar luar bandar adalah untuk mengikuti perkembangan dan sejarah telekomunikasi negara di samping mewujudkan lawatan sambil belajar yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan,” katanya.

Beliau memberitahu, pakej ini sebenarnya telah dibuka bermula awal September tahun lalu.

Tambahnya, pihak sekolah perlu membuat tempahan awal supaya ia tidak berselisih dengan sekolah lain kerana pihaknya hanya menghadkan 80 orang pelajar untuk satu-satu masa.

No comments:

Post a Comment