Monday, June 27, 2011

Hari ini menang dalam 24 jam terus Pakatan Rakyat akan bawa turun harga minyak

Ikrar Anwar selepas tawan Putrajaya

KUBANG PASU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar akan menurunkan harga minyak sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir, sering berlaku kenaikan harga minyak sedangkan negara ini adalah negara pengeksport minyak dan mempunyai sumber bahan mentah itu yang mencukupi.

“Atas nama kerajaan rakyat Malaysia dan dengan izin Allah SWT, dengan ini saya isytiharkan berkuat kuasa sekarang harga minyak di seluruh negeri diturunkan. Ikrar ini akan saya lafazkan selepas 24 jam memegang tampuk pemerintahan,” katanya ketika berucap di hadapan penyokongnya dalam siri lawatan sehari ke daerah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Padang Terap di Kedah, semalam.

Anwar berkata, itulah perkara pertama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam setelah berjaya menawan Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, hasrat itu hanya mampu dicapai sekiranya jentera pilihan raya parti komponen PR kuat dan ‘menyerang’ parti lawan dengan bijaksana.

Menurutnya, walaupun dirinya dihimpit dugaan besar apabila dikaitkan dengan isu video seks, namun beliau nekad mahu terus bersama PR menuntut perubahan pentadbiran yang lebih adil di negara ini.

“Saya reda dengan apa yang berlaku dan terima ujian ini. Yang penting kita tumpu perhatian pada isu kebebasan dan pilihan raya yang bersih dan adil,” katanya.

1 comment:

  1. HEBATTT !

    Hangpa percaya ka cakap Anwar?
    DUA KALI HEBATTTT !


    We Have The Numbers 16 September
    & Janji Anwar kepada penduduk Kg.Buah Pala,
    dua-dua tu mintak dia tunaikan dulu ...

    Bab turun harga minyak ni, nanti-nanti suruh dia sembang lain.



    AloQStaQ

    ReplyDelete