Kain rentang "Bersama Berhimpun untuk pilihanraya bersih dan adil" telah digantung di bangunan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH), sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan dan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai 2011. Kain rentang tersebut telah digantung di dinding bangunan tersebut, menghadap tempat letak kereta di perkarangan bangunan, pada jam kira-kira 9.10 pagi, hari ini. Setiausaha Agung KL-SCAH Stanley Yong ketika dihubungiMerdekaReview, menjelaskan bahawa bendera dan kain rentang digantung pada hari ini untuk menunjukkan semangat patriotik badan dan pertubuhan masyarakat sivil, di samping sokongan terhadap tuntutan BERSIH 2.0. Stanley menganggap kerajaan harus mendengar suara rakyat, dan harus respon kepada rakyat secara serius apabila rakyat mengetengahkan pandangan atau kritikan. "Di Malaysia, sering kali kerajaan mendakwa bahawa rakyat diberi saluran untuk meluahkan pandangan. Namun demikian, kita kekurangan saluran secara 'terus-terang dan tulus ikhlas'. Meskipun terdapat liputan media yang melaporkan ketidakpuasan rakyat, namun kebanyakan masanya kerajaan kelihatan tidak mengendahkan kritikan tersebut, atau mendakwa sedang diuruskan. Kemudian, ia berakhir begitu sahaja," kata Stanley Yong. Stanley (gambar kanan) mempercayai bahawa keputusan BERSIH 2.0 untuk turun ke jalanraya adalah kerana desakan daripada realiti, kerana BERSIH 2.0 telah cuba sedaya upaya untuk menyatakan masalah penyelewengan pilihan raya, dan membangkitkan tindak-tanduk sesetengah "little napoleon", namun kerajaan tidak memperbetulkan keadaan dengan sikap bersungguh-sungguh. Beliau berkata, rakyat secara umumnya berharap agar kerajaan respon dengan tindakan setelah kritikan diketengahkan. Dalam keadaan di mana kerajaan tidak respon dengan tepat persoalan daripada rakyat, maka satu-satunya jalan rakyat adalah jalan raya - sebagai manifestasi ketidakpuasan dan tindakan protes secara kolektif. |
Tuesday, June 28, 2011
Kain rentang sokong BERSIH 2.0 di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor
Chen Shaua Fui
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment