Thursday, June 30, 2011

UMNO/BN TOLONGLAHHH!...Gunalah Apa Saja Institusi Awam Untuk Halang Bersih 2.0!!!

oleh Muhammad Sanusi Md Nor,

Saya mengalu-alukan sebarang usaha menghalang Bersih 2.0 termasuk menggunakan kekerasan polis, membuat provokasi perkauman melalui pemuda UMNO atau ugutan untuk bertembung di jalan raya melalui patriot Rizal Merican. Saya ingin mempelawa Rizal Merican Naina Merican yang bergelar Datok Seri itu mengupah budak-budak sekolah untuk memakai baju patriot dan membuat ugutan kepada penyokong bersih di mana sahaja mereka berada.

Kalau tidak cukup dengan itu, saya mencadangkan UMNO/BN mendapatkan bantuan Perkasa yang juga telah bersedia bertempur dengan penyokong bersih untuk membuat ugutan kepada kaum bukan melayu yang menyokong Bersih 2.0. Berhimpunlah lebih awal, kalau boleh mulai semalam di kelab Sultan Sulaiman untuk mengasah bakat bertempur dengan pemuda PAS yang sekilan lama bersabar dari bertempur. Mereka turut boleh mengajak sekelian mahaguru silat termasuk Omardin dan anaknya yang gedebe giler itu untuk menggertak Bersih 2.0. Cekik lah orang tua di atas kerusi roda dalam kawasan Parlimen untuk menghidupkan darah jantan dalam diri anaknya itu.

Tangkaplah semua yang memakai baju kuning yang tidak kotor di mana saja ditemui, di stesen bas, di masjid, di pusat beli belah, market ikan atau atas feri Pulau Pinang. Sumbat semuanya dalam lokap hingga menjelang 10 Julai, baru dilepaskan. Cari apa saja alasan untuk memburukkan penyokong Bersih 2.0 termasuk mengkomuniskan mereka, mengaitkan mereka dengan usaha memurtadkan umat Islam atau menjadi agen negara asing. Jangan lupa tuduh mereka cuba menghancurkan ketuanan Melayu di Tanah melayu ini.

Panggil semua pemimpin parti pembangkang beri keterangan di balai polis, termasuk balai polis yang tak mampu cegah pelacuran di Lorong Haji Taib. Jangan lupa beri ugutan, termasuk mengugut untuk menculik anak isteri mereka sewaktu mereka menggeletar di balai polis. Gertak sekelian pemimpin mereka dengan ugutan ISA, kerana mereka semua sangat takutkan ISA. Sekat semua ceramah PAS dan PR di seluruh negara, termasuk di Australia dan London, hingga mereka bertaubat nasuha tak akan buat apa-apa ceramah lagi, termasuk ceramah Isra' Mikraj dan ceramah anti dadah.

Tangkap juga Sasterwan Negara se-tua A Samad Said yang pandai-pandai membaca puisi walaupun dia hanya Sasterawan Negara yang tak pernah sama sekali berpuisi. Tangkap juga ustaz-ustaz di Masjid yang mengajar bab Toharah yang membawa maksud Bersih, termasuk ustaz-ustaz UMNO yang sejak puluhan tahun hanya tahu mengajar bab Toharah, haid dan nifas.

Jangan lupa arakkan naina mamak penang itu ke seluruh balai polis membuat report diugut oleh PKR dengan memakai baju merah kegemarannya sejak tujuh keturunan lalu di benua Rajnikanth itu. Lindungi dia dengan FRU di semua balai kerana dia tidak pandai berlakon, berpura-pura, atau melarikan diri...dia hanya spesis Jenny (nama asal nyah ini Junus) di Padang Kota Lama.Saya akan menangis kecewa kalau ini semua gagal dilakukan segera.

Lepas ini, tolonglah BN/UMNO, gerakkan semua tentera darat, laut dan udara dengan segala kelengkapan perang, termasuk askar Wataniah di Kem 304 Gerik, Perak (yang tugas hakiki mereka mengawal lebuh raya pantai timur) - yang mengundi di Kota Aur, dalam DUN Belantek, Kedah - untuk menyekat kemaraan penyokong Bersih 2.0.

Bariskan semua kereta kebal, kereta perisai, meriam, bazooka, M16, Styer, AK47, pesawat tempur (pastikan ada enjin), kapal selam Scoprpion (pusaka Altantuya) dan KD Jebat dan KD Lekir Navy (kalau boleh atas Highway di sungai Buluh, untuk menentang Bersih. Tembak saja siapapun yang memakai, menjual, menghadiah atau mencetak baju kuning Bersih 2.0, biar bercerai jasad dan nyawa , kerana nyawa mereka langsung tiada harga. Jadikan isteri mereka janda muda, anak mereka yatim tak berbapa. Jangan lupa unit udara TV3 untuk merakamkan semuanya.

Kalau itu pun belum memadai, saya alu-alukan sebarang rancangan sulit SB, JASA, Seranta, Kor Risik dan Gani Empat Tail untuk mengaitkan penyokong Bersih dengan Israel, Singapura, Yahudi, Al-Qaeda, JI, KMM, al-Maunah dan apa saja gerakan jahat di seluruh dunia supaya mereka dibenci seluruh makhluk yang ada atas muka bumi ini termasuk manusia sejahat Obama dan Clinton.

Saya juga ingin mengusulkan supaya adakan propaganda untuk meyakinkan orang ramai bahawa Ambiga akan menjadi Presiden PAS untuk melaksanakan Negara Berkebajikan, PKR akan menghapuskan ketaatan rakyat kepada Raja-raja Melayu dan DAP akan mengulangi aksi 13 Mei. Tolonglah buat semua ini. Kalau tidak negara ini akan hancur dijajah semula oleh Jepun, Siam dan Majapahit. kalau ini terjadi maka pupuslah sekelian benih Parameswara yang terhambat dari Melaka itu. Tinggallah Thamby Kakcik saja di bumi Hang Tuah itu.

Kesan dari semua sekatan dan tindakan bijak ini, saya percaya... paling tidak pun akan sama dengan kesan ... Gelora gelombang yang terkuak hasil 7 hari 7 malam Rally Bersih 2.0 ... yang disertai 3 juta manusia di tengah Kota Raya Kuala Lumpur berarak menuju Putrajaya... yang membadai sebelum kami bertolak ke KL pada 8 Julai...Selamat menjalankan tugasmu Naina!

No comments:

Post a Comment