Wednesday, June 29, 2011

Tudiaa ada 500,000 orang Bangla kat Malaysia...itu belum campor Indon lagi...???

500,000 pekerja Bangladesh akan didaftar


HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersalaman dengan Atiqur Rehman pada sidang akhbar di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA 29 Jun - Kuala Lumpur dan Dhaka mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan lebih 500,000 pekerja Bangladesh yang berada di negara ini secara sah dan tidak sah melalui program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin (PATI) atau Program 6P.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain dapat menyelesaikan masalah PATI di negara ini melalui program pemutihan, kedua-dua negara secara serentak dapat menangani aktiviti haram penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang.

"Kerjasama antara kedua-dua negara ini penting untuk berkongsi rasa tanggungjawab dalam menguruskan migrasi secara berkesan kerana Bangladesh merupakan antara negara yang membekalkan sumber tenaga kerja asing ke Malaysia.

"Para pemimpin di peringkat tertinggi telah bekerja keras mewujudkan satu mekanisme untuk mengatasi isu-isu antarabangsa secara khusus terutama dalam menangani isu pekerja asing," katanya pada sidang akhbar bersama Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Atiqur Rehman di sini, hari ini.

Program 6P bertujuan mengumpul data mengenai PATI di negara ini seperti lokasi mereka bekerja, dengan siapa dan berapa gaji yang diterima serta beberapa maklumat lain yang diharap dapat membantu ke arah mengatasi isu sosial dan jenayah yang sering dikaitkan dengan kumpulan itu.

Hishammuddin berkata, selepas eksesais dijalankan, kerajaan akan dapat memperkemaskan rekod berkenaan pekerja-pekerja asing dalam negara sekali gus mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini.

Katanya, Program 6P yang meliputi aspek pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran itu bakal menyaksikan golongan itu direkodkan dengan kaedah biometrik.

"Objektif utama kita ialah menghenti dan memastikan bahawa manusia tidak dieksplotasikan sama ada oleh sindiket pengedaran manusia atau pihak ketiga kerana kami merasakan bahawa atas dasar kemanusiaan sahaja kita dapat menentang berlakunya perkara ini," katanya.

Justeru, ujar beliau, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam akan menyelaraskan program 6P dengan dibantu pegawai-pegawai Imigresen.

Selain itu, pasukan polis dan agensi-agensi perisikan dari kedua-dua negara juga telah diminta bekerjasama dan bertukar-tukar maklumat untuk memantau pergerakan sindiket antarabangsa.

Sementara itu, Atiqur berkata, asas utama yang mendorong negaranya bekerjasama dengan Malaysia kerana mahu membantu rakyatnya yang datang ke sini mengekalkan disiplin dan masuk menggunakan dokumen secara sah agar tidak dieksploitasi.

No comments:

Post a Comment