JALAN SEKERAT – “Kami mewakili sebilangan belia Kedah sebulat suara akan tetap menghadiri perhimpunan Bersih 2, 9 Julai depan walaupun mempunyai pelbagai tentangan daripada pihak berkenaan,” kata Ketua Rombongan Bersih Kedah Tengah, K Vasantha Kumar.
Beliau berkata, dia bersama 500 peserta lain dari Parlimen Merbok tetap akan meneruskan niat mereka untuk bersama penyokong Bersih dari negeri lain.
Menurutnya, perhimpunan itu bertujuan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Tindakan mereka bukanlah ingin mencetuskan huru-hara sebaliknya akan bergerak secara aman sebagai hak bersuara rakyat dalam menentukan masa depan yang lebih baik dan menjamin keseimbangan ekonomi dan sosial.
“Tindakan kami bukanlah ingin melakukan kekecohan tetapi akan menggunakan kesempatan ini menunjukkan suara demokrasi rakyat selain memperjuangkan lapan tuntutan Bersih,” katanya dalam sidang media kelmarin.
Vasantha Kumar yang akan mengetuai rombongan Kedah Tengah berkata, tujuan mereka mengadakan perhimpunan bukan untuk memprovokasi kerajaan Barisan Nasional tetapi hak sebagai rakyat biasa dalam sebuah negara demokrasi.
Beliau juga berjanji, kesemua 500 peserta dari Kedah Tengah yang telah berdaftar dan dijangka menggunakan 10 bas itu akan mengadakan perhimpunan aman tanpa membawa senjata, tidak menimbulkan kekecohan dan telah menyediakan jawatankuasa bagi memantau tindakan berkenaan.
“Tindakan kami juga tidak menjadi satu kesalahan merujuk kepada Akta 10 Perlembagaan Persekutuan di mana setiap rakyat mempunyai kebebasan untuk bercakap dan menyuarakan pendapat, berhimpun secara aman tanpa senjata dan berhak membentuk persatuan.
“Setiap warganegara mempunyai hak untuk menyertai Bersih merujuk kepada akta itu dan tindakan ini juga tidak memerlukan permit polis memandangkan ia dilakukan secara aman serta berharap pihak berkuasa juga akan memberikan kerjasama menjaga keselamatan rakyat bukannya menghalang,” katanya kepada Sinar Harian.

No comments:
Post a Comment