Monday, June 27, 2011

Lawak baru UMNO - Komunis Sudah Meresapi Bersih 2.0: Mereka Bahaya!

Oleh Muhammad Sanusi Md Nor

Selepas blok negara komunis jatuh mulai 1991, tinggal China, Cuba, Vietnam, Laos,dan Korea Utara adalah negara yang masih mengamalkan sistem dan fahaman komunis. Minggu lepas saya ke China dengan staff pejabat seramai 25 orang. Turut sama ialah seorang anggota polis. . Sesampai di airport di Guangzhou, rombangan kami tersadung dengan rombangan interi-isteri pegawai polis dan anggota polis wanita Malaysia.

Oh! rupanya satu penerbangan dari Kuala Lumpur. Tak salah saya, termasuk juga dalam rombongan mereka ialah seorang Datuk, Ketua atau Timbalan Ketua Polis Pahang (seorang Pegawai Polis Wanita). Turut mengikuti rombongan mereka ialah seorang Datin, isteri ketua Polis Kelantan.

China adalah kuasa ekonomi terbesar dunia kini, memintas Amerika dan Jepun. Juga negara terbaik untuk dilawati kerana kepelbagaian budaya dan sektor ekonomi. China juga muncul sebagai syurga membeli belah, pemimpin dan rakyatnya adalah komunis! ramah tamah, cuba sedaya mungkin melayani orang luar walaupun tidak fasih berbahasa inggeris. Makanan halal mudah didapati. Ummat Islam di China berjumlah puluhan juta, lebih ramai dari seluruh rakyat Malaysia. Beribu-ribu rakyat Malaysia mengunjungi negara komunis itu saban minggu. Negara komunis itu jauh lebih maju dari kita. Rakyatnya 1.4 bilion, berbilang suku kaum, berbilang bahasa dan dialek. Banyak yang boleh dipelajari dari komunis China.

Sedikit masa lalu, DS Najib juga membuat lawatan rasmi negara ke China, berserta puluhan ahli rombongan terdiri daripada Menteri, pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan Malaysia. Mereka disambut meriah, bergambar mesra, dilayan dan bermesyuarat dengan para pemimpin komunis, malah tidur dan berehat di negara komunis terbesar dunia itu. Pemuda UMNO juga telah jalinkan kerjasama dengan pemuda parti komunis negara itu.

Orang Malaysia juga bayak mengunjungi kemboja dan Vietnam, dua buah negara komunis Asia Tenggara. Bergaul, berinteraksi dan belajar sesuatu dari rakyat negara itu yang kini pesat membangunkan ekonomi dan sosial mereka akibat peperangan. Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan meluluskan lawatan kakitangan dan keluarga ke nagara-negara itu. Semuanya komunis!

Orang sudah merentasi sempadan ideologi dan budaya, komunis sudah menjadi rakan kongsi, masa lalu sudah menjadi sejarah. Tiba-tiba di Malaysia, pemimpin negara kita membangkitkan sentimen komunis adalah sejahat-jahat manusia yang patut dijauhi.
Mereka bahaya! Mereka menyokong himpunan Bersih 2.0. Kami telah menangkap Dr Jevier Kumar dan penyokong Parti Sosialis Malaysia semalam, mereka menaiki bas dari Perlis dan Kedah untuk balik ke Pulau Pinang. Mereka cuba menghidupkan semula komunis di Malaysia! Mereka ada T Shirt dan risalah yang ada gambar Rashid Maiden! Mereka ada risalah "Sudahlah tu BN: Undurlah"... Kata polis dan Utusan malaysia.

Kalau Mao Tze Tong, Stalin, Lenin, Karl Marx atau Dr Sun Yat Sen masih hidup, mereka tentu terbarai perut ketawa dengan sandiwara baru BN/UMNO di Malaysia sekarang gara-gara takutkan Himpunan Bersih 2.0. Haiiiyaaa!!! Apa ini olang..Lu punya PM ada mali sini, lu punya Menteri sama isteli pun mali, lu punya polis sama lia punya bini suma ada mali sini...ada bincang, ada bisniss...ini negeli komunis ooo...kita olang ada itu macam punya jahat ka??? Apa lu olangmanyak takut itu Bersih ka? Haiiiiyaaaa!!!

No comments:

Post a Comment