Sunday, May 29, 2011

Najib peralat program Sure Heboh untuk himpun belia

oleh kedahla


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 - Najib bermula dengan merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

"Saya percaya kita boleh tunjuk kepada dunia... negara (kita) aman dan stabil. Kita tidak bergolak. Apa yang berlaku di Mesir dan Tripoli itu soal negara lain.

"Negara kita, milik kita dan para belia hari ini tahu bahawa masa depan mereka bergantung kepada kejayaan dan pelan transformasi negara.

“Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?” soalnya kepada hadirin dan disambut jeritan “ya” oleh segelintir belia yang diupah.

Najib kemudiannya melaungkan “pertahankan Putrajaya” sebanyak tiga kali tetapi hanya mendapat sambutan tidak bermaya dari beberapa kerat ahli Pemuda UMNO.

Remaja yang hadir dalam program Sure Heboh tidak tahu menahu mengenai penempelan Najib pada mulanya. Mereka kemudian buat-buat tak peduli sewaktu Najib mula merepek mengenai isu politik.

No comments:

Post a Comment