Oleh Aspan Alias
Najib berjanji yang kuota untuk bumiputra akhirnya akan di hapuskan. Itu adalah janji beliau dan katanya beliau akan memberikan perhatian terhadap bumiputra yang ‘talented’ sahaja. Dalam lain-lain perkataan Najib akan menghilangkan terus semangat DEB yang di laung-laungkannya apabila berucap di banyak tempat.
Isu kuota untuk bumiputra ini memang isu yang hangat diperkatakan oleh pemimpin kita dari zaman pentadbiran Dr Mahathir lagi tetapi ianya masih berkumandang dan belum lagi nampak akan surut. Ini menunjukan yang politik negara ini amat ‘complicated’ sehinggakan pemimpin kita bercakap dalam nada yang berbeza mengikut tempat, masa dan keadaan.
Ramai pemimpin kita bercakap mengikut sentiment tetapi tidak ada lagi dasar yang tetap yang boleh diguna pakai dalam tempoh jangka masa yang panjang. Pengumuman PM Najib untuk memansuhkan kuota untuk bumiputra ini hanya merupakan pengumuman yang di buat secara formaliti sahaja kerana kuota ini telah lama dimansuhkan pun. Ia bukanlah satu isu yang baru lagi.
Saya bukan hendak menyebelahi mana-mana pihak samada yang hendakan kuota ini diteruskan atu dimansuhkan. Sebenarnya tidak ada apa lagi yang hendak di umumkan pemansuhannya kerana semuanya pada hakikinya sudah pun dimansuhkan. Ia nya sudah menjadi ‘non-issue’ buat masa ini.
Bagi diri saya saya tidak menjadikan pemansuhan ini sebagai isu lagi kerana sudah tidak ada apa yang hendak dimansuhkan lagi. Orang Melayu sudah berada di atas ‘level playing ground’ dengan bangsa-bangsa lain yang ada di dalam negara ini. Hanya yang diperlukan sekarang ialah satu kerajaan yang ‘decent’ dan tidak rasuah agar semua rakyat berbilang kaum dapat bersama-sama hidup dalam sebuah negara yang bersih dari ‘rompakan kolar putih’ yang sekarang bermaharajalela di seluruh negara.
Apabila kuota-kuota bumiputra ini dimansuhkan maka ramai orang Melayu sendiri sudah berpendapat yang UMNO sudah tidak mempunyai apa-apa yang hendak diperjuangkan. Maka menjadi ahli mana-mana parti yang bersifat ‘multi racial’ merupakan alternatif yang paling sesuai yuntuk mereka menyertainya. UMNO yang pada asasnya ditubuhkan untuk memilihara kepentingan Melayu sudah tidak lagi menerima asas itu sebagai perjuangannya.
Jika kita percaya yang semua kuota dan keistimewaan itu dihapuskan memang tidak ada salahnya kerana orang Melayu perlu berjuang dan hidup tanpa tongkat seperti yang di sarankan oleh Dr Mahathir semasa beliau menjadi PM negara ini dan terus dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin selepas beliau sehinggalah zaman pentadbiran Najib Razak sekarang.
Membuang tongkat adalah perjuangan Dr Mahathir dan sekarang nampaknya dengan pemansuhan segala kuota itu merupakan kejayaan perjuangan Dr Mahathir. Hanya saya sedikit hairan kenapa beliau sekarang bercakap berpremiskan rasis yang menebal pula.
Pemansuhan segala keistimewaan bumiputra ini wajar dan tidak perlu di tolak kerana semasa semua keistimewaan itu masih ada pun bumiputra tidak mendapat keistimewaan itu juga kerana yang sepatutnya di perolehi oleh bumiputra yang marhean di bawah ini keistimewaan itu dikaut oleh bumiputra yang teristimewa melalui budaya kronism yang menebal di kalangan yang hampir dengan pucuk pimpinan sejak berdekad yang lalu.
Samada keistimewaan itu masih ada atau dimansuhkan ia tidak ada perbezaannya. Bumiputra tetap tidak mendapat keistimewaan itu sepenuhnya. Kalau ada pun kuota itu ianya dipergunakan oleh Melayu istimewa yang berada dalam kumpulan Syed Mokhtar, Gamuda-MMC yang dibelakangnya adalah gulungan yang bergelar dan bernama yang baik dengan pucuk pimpinan.
Nama-nama yang lain ialah bumiputra yang di belakang Sapura, kencana dan yang berpengaruh kerana di antara mereka adalah bekas pimpimpin-pemimpin besar negara. Jika saudara adalah anak kepada orang yang tidak bergelar dan dari keluarga yang tidak mempunyai pengaruh dalam negara ini kita serupa sahaja seperti rakyat yang tidak ada peruntukan keistimewaan ini.
Anak-anak petani, anak-anak kerani atau pun anak-anak mata-mata seperti saya ini tidak mungkin mendapat apa-apa jika kuota itu masih ada kerana keistimewaan itu hanya lah untuk mereka mempunyai pengaruh besar sahaja.
Justru bagi saya jika orang Melayu yang tidak mendapat apa-apa semasa keistimewaan itu masih ada, meninggalkan parti UMNO itu merupakan satu tindakan yang baik dan tidak patut dijadikan isu lagi. UMNO sudah tidak ada lagi untuk memperjuangkan orang Melayu kerana untuk menjaga keistimewaan yang telah di wariskan oleh pemimpin terdahulu pun tidak mampu di pertahankan masakan UMNO mampu untuk menambah lagi kekuatan bangsanya melalui parti itu.
Sesungguhnya ada bukti-bukti yang menujukan yang bumiptra boleh bersaing secara sihat di dalam sektor ekonomi ini. Ramai kontraktor bumiputra yang tidak mendapat apa-apa semasa pemerintahan BN dahulu sudah banyak diberikan tugas untuk melaksanakan projek-projek tawaran kerajaan negeri P Pinang dan Selangor misalnya.
Mereka adalah kontraktor yang baik tetapi oleh kerana mereka tidak termasuk dalam gulungan istimewa dan kroni kepada pemimpin-pemimpin semasa BN memerintah mereka ketinggalan. Tetapi apabila kerajaan Pulau Pinang dan Selangor membuka peluang kepada mereka yang mempunyai merit maka ramai kontraktor yang dahaga dengan projek yang tidak di dapati semasa UMNO memerintah sekarang ini telah berjaya mendapatkan kerja-kerja pembangunan di atas merit masing-masing di zaman pemerintahan Guan Eng dan Tan Sri Khalid Ibrahim..
Mereka ini tidak dapat membuktikan kepandaian mereka semasa BN memerintah kerana semua projek-projek pembangunan di berikan kepada bumiputra istimewaa pemimpin-pemimpin yang tidak pun mempunyai merit yang diperlukan untuk memajukan diri dan syarikat-syarikat mereka.
Jadi jika dilihat dari sudut ini orang Melayu dan bumiputra lebih berpeluang untuk memajukan perniagaan mereka kerana sistem terbuka dan tender terbuka yang di amalkan oleh kerajaan negari Pulau Pinang dan juga Selangor. Selama ini mereka tertindas kerana peluang-peluang itu hanya di dapati oleh kroni-kroni melalui sistem ‘negotiated tender’ yang di amalkan BN yang hanya di berikan kepada syarikat-syarikat istimewa.
Sistem runding terus ini lah secara sistematik wang rakyat di rompak secara kolar putih dalam jumlah yang berbillion-billion ringgit. Yang menjadi mangsa ialah rakyat kerana cukai yang di bayar kepada kerajaan yang di amanahkan untuk menjaga harta rakyat ini diselewengkan oleh kerajaan BN di setiap peringkat.
Akhirnya mari kita bersama-sama untuk bersetuju supaya kuota istimewa untuk bumiputra itu di mansuhkan seratus peratus kerana jika keistimewaan itu masih ada pun orang Melayu tidak pun mendapat faedah apa-apa.
Hanya jika keistimewaan ini di mansuhkan UMNO akan hilang relevan kewujudannya kerana parti ini tidak ada apa-apa lagi yang hendak diperjuangkan untuk bangsa yang menjadi ahlinya. UMNO nampaknya memang mengikut kehendak rakyat untuk mentadbir rakyat secara samarata dengan membuang kuota istimewa untuk orang Melayu.
Tetapi jika UMNO cuba untuk mentadbir secara sama-rata maka PAS dan DAP adalah parti yang paling sesuai untuk mentadbir negara dan negeri dengan sokongan padu dari PKR. Mereka telah menunjukan bukti jelas tentang kemampuan mereka menjaga rakyat tanpa sesiapa diberikan keistimewaan.
Oleh kerana Najib hendak menghapuskan keistimewaan untuk orang Melayu, sekarang orang Melayu juga ada pilihan. Pilihlah yang mana satu tanpa ragu dan was-was.
No comments:
Post a Comment