Hanya bermotosikal
BALIK PULAU – Tekad untuk mengubah nasib keluarga, seorang lelaki bersama isteri dan tiga anaknya meninggalkan Kodiang, Kedah dan merantau ke negeri ini untuk memulakan kehidupan baru.
Mohd Ridzuan Ismail, 29, yang pernah bekerja di kilang padi terpaksa meninggalkan Kampung Belukar untuk mengelakkan perselisihan faham apabila rumah pusaka yang diduduki telah dijual oleh ahli keluarga dan memilih Balik Pulau untuk memulakan hidup baru.
“Bayangkan, kami menempuh perjalanan yang jauh dengan menggunakan motosikal sehingga sampai di Balik Pulau melalui laluan Batu Feringghi dan Teluk Bahang.
“Ketika berehat di Masjid Daerah Barat Daya, ada jemaah masjid yang bersimpati dan membawa kami sekeluarga bermalam di rumah tumpangan di Pondok Upeh.
“Saya amat bersyukur kerana kami sekeluarga selamat sampai di destinasi dan saya berharap untuk memulakan hidup baru dan mencari rezeki di sini,” katanya.
Bagaimanapun, dia tidak menyatakan mengapa Balik Pulau dipilih sebagai lokasi untuk mencari rezeki.
Mohd Ridzuan turut menemui Imam Masjid An-Nur, Mohd Tuah Ismail yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Titi Teras bersama isterinya, Ernarti Sumar, 26, dan tiga anak mereka yang berusia lingkungan tiga hingga setahun.
Mohd Tuah berkata, dia simpati mendengar permasalahan yang dialami oleh Mohd Ridzuan dan akan cuba membantu agar mereka sekeluarga dapat membina kehidupan baru.
“Dia menyatakan keinginan untuk mencari modal berniaga dan saya dan AJK lain akan membantu mencari rumah sewa.
“Selain itu, bantuan modal perniagaan turut akan dicari memandangkan Mohd Ridzuan memaklumkan bahawa dia berpengalaman menyediakan keropok kacang secara kecil-kecilan.
“Mereka merantau dengan hanya berbekalkan sebuah beg pakaian dan adalah menjadi tanggungjawab untuk saya membantu mereka yang memerlukan,” katanya.
Bagi mereka yang berminat untuk membantu, bolehlah menghubungi Mohd Tuah di talian 019 – 5709500.

No comments:
Post a Comment