Monday, September 26, 2011

Piala Malaysia - Kedah hanya memburu kemenangan

HIDUP atau mati.

Begitu perhitungan yang bakal dibuat Kedah pada pertemuan terakhir Kumpulan A menentang Perak dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Darulaman, Alor Setar malam ini, lapor AHMAD SYAHIR KASSIM.

Sekiranya menang dengan jaringan selesa, Kedah boleh menarik nafas lega mampu berada dalam lapan kelompok terbaik, namun jika keputu- san sebaliknya, skuad Hijau Kuning boleh mengucapkan selamat tinggal pada saingan Piala Malaysia musim ini.

Bunyinya kedengaran 'keras', namun itulah misi besar yang perlu diharungi ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan bersama para pemainnya selain sokongan padu peminat setia skuad Kenari.

Tekanan turut dirasai barisan pengurusan pasukan termasuk Pengurusnnya, Datuk Khazali Din yang melihat Kedah tiada pilihan lain sekiranya mahu melangkah ke suku akhir iaitu mencatat kemenangan.

"Tekanan memang dirasai oleh skuad Kedah ketika ini. Saya melihat pasukan ini pada peringkat awal mereka rileks, namun apabila terdesak di penghujung saingan mereka berusaha keras.

"Bagaimanapun, situasi ini membawa padah kepada pasukan sehingga terpaksa berada dalam keadaan tertekan," katanya ketika dihubungi di Alor Setar semalam.

Khazali bagaimanapun tidak mahu pemain dibelenggu dengan perasaan itu kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada pasukan yang mahu mencatat kemenangan.

Sebaliknya kata beliau, pemain perlu tenang, lebih-lebih lagi ketika beraksi pada saat getir ini yang memerlukan mental dan fizikal yang kuat.

"Saya faham pemain berada dalam keadaan gemuruh, namun jangan ikut perasaan ketika beraksi sebaliknya tenang dan fokus kepada permainan," katanya.

Tambahnya, beliau percaya dengan perancangan dan strategi yang akan dibuat Wan Jamak pada pertemuan penting itu mampu melakar kejayaan kepada pasukan.

"Apa pun, pemain jangan berputus asa, komi- ted dan kuatkan semangat bagi mencari kemenangan penting ini,'' katanya.

Menyentuh kemungkinan Perak yang sudah layak ke suku akhir bakal menurunkan pemain muda di bangku simpanan, Khazali memberitahu, pemain Kedah tidak seharusnya memikirkan strategi pasukan lawansebaliknya fokus dan beri yang terbaik untuk pasukan.

Katanya, mental pemain ketika ini berada pada tahap terbaik sete- lah dilihat tertekan pada pertemuan dengan Sabah, Sabtu lalu.

"Diharapkan pemain dapat mengekalkan momentum kemenangan itu dan mencari jaringan selesa untuk pasukan," katanya.

No comments:

Post a Comment