Thursday, September 29, 2011

MBAS peruntuk RM1 juta untuk keselamatan dan kemudahan

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menyediakan kemudahan seperti lampu, besi penghadang dan cermin yang diletakkan di 12 kawasan pilihan di sekitar Bandaraya Alor Setar di bawah Program Bandaraya Selamat.

Dato’ Bandar Bandaraya Alor Setar, Dato’ Mat Noh Ahmad berkata, kawasan yang diletakkan di bawah program tersebut adalah di Jalan Kota, Persiaran Sultan Abdul Halim, Simpang Kuala, Jalan Tunku Ibrahim, Jalan Sultan Badlishah dan Lebuhraya Sultanah.

“Besi penghadang di pasang bagi mengelakkan berlakunya kejadian ragut di tempat pejalan kaki di Jalan Sultan Badlisahah dan Jalan Tunku Ibrahim.

“Besi penghadang itu dibina bermula awal Ogos lalu dengan menggantikan pasu bunga yang diletakkan di bahagian bahu jalan,” ujarnya.

Tambah Dato’ Mat Noh, bagi menjalankan kerja menaik taraf jalan dan sistem perparitan di sekitar Bandaraya Alor Setar MBAS membelanjakan sebanyak RM3.3 juta.

No comments:

Post a Comment