Friday, September 30, 2011

Pengerusi YADIM Tidak Persoal UMNO Tolak Hudud Atas Desakan Seorang Pelakon Porno


Nampaknya, Pengerusi YADIM sudah mula bermain politik murahan beliau. Dalam laporan TheMalaysianInsider terbaru beliau dilaporkan berkata:

“Setiap orang Islam tidak menentang hukum hudud yang sebenar, tetapi yang ditentang sekarang ialah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa untuk memerintah,” kata beliau (gambar) yang merujuk kepada usaha PAS sejak hampir dua dekad lalu.
Lagu sumbang ni dinyanyikan UMNO sejak tahun 1993 lagi.

NAMUN, apabila Tok Guru Nik Aziz meminta UMNO sendiri merangka deraf hudud untuk dilaksanakan di Kelantan, sehingga hari ini pelawaan PAS itu TAKUT untuk diterima oleh UMNO.

Yang lebih menyedihkan adalah pelawaan PAS dibalas dengan amaran keras oleh UMNO yang akan melaksanakan MAGERAN kalau Hudud dilaksanakan di Kelantan.

Sepatutnya Pengerusi YADIM harus menyoal mengapa UMNO begitu mudah tunduk kepada amaran seorang pelakon porno? Hanya kerana pelakon porno itu tidak redha, maka hukum Allah SWT diketepikan

Tapi nak buat macamana, Pengerusi YADIM adalah lantikan UMNO. Terpaksalah buat kerja-kerja kotor UMNO.

sebelum nie HUDUD..selepas tu DEB plak..aduhai..MelaYu...


Tulang Besi

1 comment:

  1. jangan la bodo sangat... kaji la dulu.. hukum yang digubal tu PAS cipta ka Allah yang buat..

    kalau tak nak buat tu cakap tak nak la senang.

    ReplyDelete