Ucapan Selamat Tahun Baru 2013 daripada Majlis Perwakilan PAS Western Australia (PRC WA)
Majlis Perwakilan PAS Western Australia (PRC WA) ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dengan harapan yang menggunung tinggi agar tahun 2013 akan membawa wajah baru kepada landskap politik tanahair, dan membersihkan imej negara di persada antarabangsa.
Sesungguhnya tahun 2012 amat menarik bagi arena politik tanahair, dimana kita tidak terkecuali dari mood serantau ke arah perubahan. Ianya bermula dengan pembebasan ketua umum pembangkang daripada tuduhan Liwat 2, setelahlebih 2 tahun kes berjalan di mahkamah.
Keputusan mahkamah tersebut telah memberi isyarat baru kepada rakyat di mana kerajaan sangat bimbang dengan kebangkitan suara keramat rakyat dan dalam masa yang sama kerajaan cuba memulihkan imej kehakiman yang telah tercalar.
Namun demikian, rakyat terbanyak masih sangsi dengan keikhlasan kerajaan.
Gelombang besar yang berlaku seterusnya ialah pada bulan April 2012 dimana Bersih 3.0 telah berjaya mendapat perhatian dunia terhadap tuntutan pilihanraya yang bersih dan adil.
Barangkali Bersih 3.0 merupakan “perhimpunan bersama” rakyat Malaysia yang julung kalinya disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira warna kulit dan kaum bagi menuntut perubahan pilihanraya di Malaysia. Kami di Perth turut berasa bangga kerana dapat bersama-sama mengambil bahagian dengan rakyat Malaysia yg lain di serata Bandar besar dunia.
Keperluan kepada perubahan juga terasa di Timur Tengah bilamana Mohamed Morsi memenangi kempen pilihan raya presiden Mesir. Digambarkan sebagaipemimpin yang bersih, Morsi berjaya membawa tiupan semangat dan harapan di Timur Tengah dan dunia Islam umumnya.
Pendirian tegas beliau terhadap konflik Israel-Palestin tidak dibayangi oleh kuasa besar barat dalam menyuarakan hasrat dan harapan seluruh umat Islam serantau, dimana ketua ketua negara Islam yang lain masih menyepi.
Tahun 2012 menyaksikan banyak persoalan berkisar tentang pilihanraya umum yang ke 13.
Di dalam keadaan iklim serantau menuju ke arah order baru dunia untuk pemerintahan yang adil, saksama dan telus, rakyat Malaysia juga tidak terkecuali. Tahun 2013 seharusnya merupakan tahun perubahan bagi kita semua.
Semoga Tahun Baru membawa harapan baru dan perubahan kepada yang lebih baik.
Kita semua telah lihat muktahir ini bagaimana kebrobokan dan kepincangan urustakbir kewangan negara kita yang kaya-raya telah menyebabkan ramai rakyat menjadi miskin, melebarnya jurang antara kaum dan perpecahan agama.
PRC WA menyeru seluruhra kyat Malaysia yang cintakan kedamaian, tanpa mengira umur atau latarbelakang rumpun etnik untuk bangkit menyahut cabaran membina Malaysia sebagai sebuah Negara Berkebajikan yang mengutamakan kebajikan dan keselesaan rakyat sebagai agenda utama pembangunan Negara.
Memberi peluang yang saksama kepada semua, dan dalam waktu yang sama menjaga hak mereka yang memerlukan dan kurang bernasib baik berdasarkan kepada keperluan, bukan atas dasar bangsa, agama mahupun fahaman politik.
Dr Abdullah
Presiden,
MajlisPerwakilan PAS Western Australia (PRC WA).
*Majlis Perwakilan PAS Western Australia (PRC WA) merupakan organisasi yang terdiri daripada kumpulan professional Malaysia yang menetap di Australia berpusat di Perth. PRC WA telah di rasmikan oleh YB |Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS pada Januari 2012.

No comments:
Post a Comment