Sunday, January 6, 2013

Amanat Hadi Punca UMNO boikot PAS atau PAS boikot UMNO?


Muhammad Noorazam Bin Bahador

1.Ajk dan Pengerusi Masjid/Surau orang UMNO. Kelas Agama disekat dan Penceramah dihalang. Jadi ahli-ahli PAS bertindak buat Masjid/Surau asing supaya dapat beraktiviti dan hidupkan majlis Ilmu.

Jadinya - Ahli PAS lah yang menjadi punca pecah belah Ummah. Yang bersalahnya - TGHA. Sebab Amanat beliau.

2.Penyokong PAS tak hadir kenduri Ahli UMNO di kampungnya. Ahli PAS tadi terasa hati sebab ahli UMNO itu JKKK kampungnya yang berat sebelah dalam laksana tugas.

Jadinya - Ahli PAS sebenarnya punca pecah belah Ummah. Yang bersalahnya - TGHA. Sebab Amanat beliau.

3.Ahli PAS tidak mahu bersalam dengan Menteri Dalam Negeri. Ahli PAS itu masih tidak dapat memaafkan kerana sahabat-sahabatnya dari PAS yang masih ditahan ISA.

Jadinya - Ahli PAS jugak menjadi punca pecah belah Ummah. Yang bersalahnya - TGHA. Sebab Amanat beliau.

4.Ahli PAS Kelantan masam muka bila jumpa Awang Adek dan Tok Pa. Ahli PAS Kelantan masih bersedih sebab UMNO sekat royalti mereka.

Jadinya - Ahli PAS lagi menjadi punca pecah belah Ummah. Yang bersalahnya - TGHA. Sebab Amanat beliau.

Begitulah seterusnya.
Sekiranya diteliti dengan jujur,kes-kes yang dinyatakan boleh dikatakan puncanya bukanlah kerana Ahli-Ahli PAS menganggap dan menghukum Ahli-Ahli UMNO Kafir. Tidak sama sekali.

 Kebanyakannya adalah berpunca dari terasa hati,kecewa,atau lain-lain sebab. Banyak lagi kes boikot kenduri - sebab berebut harta pusaka,kecewa kekasih dirampas,dan lain-lain lah. Takdak kaitan dengan TGHA pun.

 Dan memang tidak dinafikan - boikot juga berlaku kerana perbezaan pandangan Politik(Sepatutnya perkara ini perlu diatasi),tetapi tidak sama sekali kerana menganggap lawan politiknya Kafir. Buatlah survey dan menghukum secara amanah dan jujur.

No comments:

Post a Comment