Wednesday, January 23, 2013

Bekas Timb. Panglima Angkatan Tentera Darat pula joint PR sambil mendedah tembelang Kem. Pertahanan

Akhirnya Tembelang Kementerian Pertahanan Terbongkar..



PETALING JAYA 22 Jan: Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid hari ini pertama kali ke program dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membongkar kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).Pada sidang media bermula jam 11 pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, Ghafir mendedahkan pelbagai penyelewengan dan kelemahan urustadbir kementerian itu.Sebahagiannya disebut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus didedah Ghafir.

Rafizi turut hadir mendengar penjelasan tersebut.Menurut Ghafir, kebanyakan kem di Malaysia adalah kem sementara peninggalan British dan tidak dinaiktaraf.Tentera juga katanya tidak diberi kelengkapan cukup.Tulis Rafizi, Ghafir semasa bertugas di Namibia, dalam cuaca sejuk, Kerajaan Malaysia tidak bekalkan baju sejuk kepada petugas, tetapi mereka dipaksa menggunakan tuala untuk menahan sejuk.


“Datuk Ghafir persoalkan kenapa kerajaan Malaysia yang kaya, tetapi kelengkapan dan kem tentera sangat daif sedangkan RM75 bilion sudah dibelanjakan ikut belanjawan,” kata Rafizi.Ghafir berkata, punca utama perkara itu berlaku kerana amalan kepimpinan Mindef (Kementah) yang beli senjata mahal melalui rundingan terus, terdedah kepada rasuah menyebabkan kos pembelian mahal.

“Amalan beli senjata rundingan terus yang ada rasuah, jejaskan persiapan tentera kita dan abaikan kebajikan tentera,” kata Ghafir.Tulis Rafizi lagi, Ghafir berkata, pembelian senjata melalui rundingan terus hanya untungkan sesetengah pihak, akibatnya tidak mendapat senjata terbaik.“Bila Malaysia beli senjata, tiada pemindahan teknologi.

Negara lain macam Pakistan lebih miskin tetapi mereka beli termasuk teknologi,” kata Ghafir dipetik.Tambahnya, Pakistan beli kapal selam pertama dibuat oleh Perancis, kedua dibuat (syarikat) Perancis di Pakistan; menjelang kapal selam kelima, negara itu mampu menghasilkannya sendiri. ~keadilandaily

2 comments:

  1. aku rasa panglima ni adalah seorang panglima yg cukup mesra dgn islam....semasa beliau mengadakan pemeriksaan tadbir tahunan selepas saja perbarisan menyambut beliau beliau terus mengarahkan semua anggota pergi ke surau pasukan salah sebuah kem di penang....beliau menyampaikan amanat disana....kepada datuk ghafir selamat maju jaya dan semoga dirahmati allah...selamat berjuang....saya minta maaf kalau saya salah orang...

    ReplyDelete
  2. geng pas ni pandai cari salah org saja. kerja depa tsk buat. masalah air pun tak selesai. patutnya makin baik service. ni makin terok.klu kena hari cuti wuhhh susah. air tak cukup.tu la jgn dok cari salah org sj. improve la service. nampak tak ada beza bn dng pas perintah. tiukar nama saja. dapat jd mb, exco, peg. khas kira ok.

    ReplyDelete