Sunday, January 6, 2013

Cepat la PERKASA tunggu apa lagi...MB dah ajak hangpa pie melawat Tasik Pedu nuuu..!!!

MB sokong tinjau lokasi balak
NURUL FATIHAH SULAINI
6 Januari 2013
MB sokong tinjau lokasi balak
Azizan menyampaikan sumbangan kepada murid sekolah 
 
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri menyokong inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) untuk membawa kira-kira 5,000 rakyat negeri ini melihat sendiri kawasan pembalakan yang dijadikan projek ladang buah-buahan di Pedu, Padang Terap.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengalu-alukan usaha berkenaan kerana rakyat boleh menilai sendiri lokasi projek berada di kawasan bawah dari Tasik Pedu.

“Elok la depa (mereka) pergi ramai-ramai, saya pun mahu bagi pokok-pokok (balak yang sudah ditebang) itu dipijak buang.

“Baru depa tahu betul tasik berada di atas manakala tempat projek di bawah,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyerahkan sumbangan buku kerja Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan bantuan wang tunai untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Seri Mentaloon, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, Datuk Manikumar Subramanian dan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik.

Dalam pada itu beliau turut mempertikai tindakan penunjuk perasaan yang menggesa Kerajaan Negeri menghentikan penebangan balak di kawasan berkenaan.

“Tindakan (demonstrasi tunjuk perasaan) mahu menghentikan aktiviti pembalakan tidak betul kerana orang (pemaju) sudah lama menghentikan aktiviti berkenaan dan sekarang proses menanam semula pokok buah-buahan,” katanya.

Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Perkasa yang mahu membawa sekitar 5,000 rakyat negeri ini ke kawasan pembalakan berkenaan pada 11 Januari ini untuk mengetahui perkembangan sebenar projek berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih terhadap ahli jawatankuasa Madrasah Salihiah yang setuju untuk menyelesaikan isu madrasah berkenaan secara baik di luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan di Mahkamah Tinggi.

“Projek pembinaan Kompleks Aman Central akan berjalan semula seperti yang dirancang selepas usaha untuk merobohkan bangunan Madrasah Salihiah itu selesai.

“Sebelum ini proses menanam cerucuk terpaksa dihentikan sementara waktu namun akan disambung semula,” katanya.
Terdahulu pada majlis itu, seramai 311 murid dari enam sekolah rendah (Tamil), sekolah wawasan dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah menerima sumbangan Persatuan Kemajuan Masyarakat Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India Kedah.

No comments:

Post a Comment