Friday, January 4, 2013

Isu Air Selangor - SYABAS kena sound dengan AWER..!!

Awer: Jangan politikkan krisis air Lembah Klang, selesai profesional
SITI AISAH HABIRIN
5 Januari 2013
Krisis Air Selangor
Krisis Air Selangor
 
SHAH ALAM – Kemelut air yang melanda Selangor seharusnya ditangani mengikut aspek kejuruteraan dan bukannya dipolitikkan bagi mengelakkan rakyat menanggung bebannya.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran berkata, mempolitikkan isu air bukan hanya melambatkan proses penyelesaian malah perjalanan negara dalam mencapai status maju juga akan terhalang.

Menurutnya, syarikat konsesi air berperanan dalam memastikan keseimbangan bekalan sentiasa mencukupi demi kesejahteraan sejagat.

“Mana-mana pun syarikat konsesi air di dunia ini terikat dengan peraturan untuk memastikan margin simpanan air terawat berada pada tahap yang telah ditetapkan.

“Sekiranya paras itu kurang daripada lima peratus, sepatutnya syarikat konsesi menolak permohonan akaun pengguna baru dalam memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

“Menuju negara maju sudah semestinya kita akan berhadapan dengan pertambahan penduduk dan permintaan meningkat, oleh itu sepatutnya syarikat konsesi air sudah membuat persediaan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna,” katanya kepada Sinar Harian.

Piarapakaran berkata, penangguhan penstrukturan semula air akan mengakibatkan peningkatan kos perkhidmatan, penyelenggaraan, buruh binaan dan sebagainya disebabkan kos bahan mentah yang semakin mahal.

Beliau berkata, cadangan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek-projek kecil bagi mengatasi masalah air seperti teknologi membran juga dilihat kurang relevan kerana tidak dapat mengatasi masalah secara menyeluruh.

"Penyelesaian secara 'projek kecil-kecilan' tidak praktikal kerana ianya akan melibatkan lebih banyak kos dan loji kecil hanya membekalkan 10 juta leter sehari (JLH) sahaja.

“Apa yang perlu dilakukan sekarang ini adalah penstrukturan secara besar-besaran supaya operasi pada kadar optimum dapat dicapai dan jaminan bekalan air terawat dapat terus dibekalkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment