Sunday, January 20, 2013

Masih ternanti-ternanti apa pendirian UMNO bab kalimah Allah


Kalimah Allah: Apa pula pendirian Umno BN

Abdul Aziz Mustafa, 19 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan mengapa kerajaan Barisan Nasional sendiri tidak menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah.

"Amat pelik apabila kerajaan, BN dan parti-parti komponennya terutama Umno hanya pandai mendesak pihak lain sahaja menyatakan sebarang pendirian rasmi berhubung isu kalimah Allah.

"Sekarang, rakyat hendak tahu apa pendirian kerajaan, BN dan setiap satu komponennya mengenai isu itu," kata beliau.

Mahfuz berkata, sudah sampai masanya kerajaan, BN dan setiap satu komponennya menyatakan pendirian berhubung isu kalimah Allah.

"Rakyat ternanti-nanti apakah pendirian kerajaan, BN, Umno, MCA, MIC, Gerakan, PBS dan setiap satu parti komponen BN berhubung isu itu.

"Jangan hanya pandai desak orang lain sahaja menyatakan pendirian," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menekankan, kerajaanlah pihak yang sepatutnya menyatakan pendiriannya mengenai isu itu kerana permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditujukan kepada kerajaan.

Isu kalimah Allah itu dibangkitkan Guan Eng dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas hujung bulan lalu apabila beliau menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan pengunaan kalimah berkenaan di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.

Majlis Syura Ulamak PAS baru-baru ini memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar maksud kalimah ini.

1 comment:


  1. Mahfuz Omar ni pelik benar orangnya! Kenapa minta pendirian UMNO dalam hal ini sedangkan PAS, PKRlah yg bersekongkol menyokong usul LGE bukannya UMNO atau MCA dan MIC!.
    Inilah akibatnya kalau terlalu taksub dengan politi kotor, syaitan dan Malaikat pun dah tak kenal. Malah Tuhan Kristian dan Tuhan Islam pun dia tak pasti...Sebab tulah tidak ramai orang memelok Islam di Malaysia berbanding di Eropah kerana adanya kalangan pemimpin dan cerdik pandai Islam memutarbelitkan Islam bagi kepentingan politik. Islam dipertaruhkan keran politik bukannya memperjuangkan dan menegakkanya hingga ke akhir hayat. Mereka perjudikan Islam utk mendapat undi bukannya menasihati dan terusnya memelok Islam. Karpal dan LGE masih terus mencabar Islam, Mahfuz buat apa!!!!tidor je......Syaitan tetap syaitan dan dia tak akan menajdi Malaikat!

    ReplyDelete