Saturday, May 21, 2011

Dakwaan Negeri seleweng peruntukan Pusat, karut! JKR diserah uruskan semuanya

Ditulis oleh MUSLIM ABDUL RAZAK

ALOR SETAR, 22 Mei - Dakwaan bahawa Kerajaan Negeri Kedah menyalahgunakan peruntukan menyelenggara jalan negeri yang diberikan oleh kerajaan Pusat untuk tujuan lain adalah tidak benar kerana peruntukan tersebut digunakan secara berperingkat dan mengikut amalan kerajaan terdahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi berkata, perkara yang sama turut berlaku di seluruh negara apabila setiap peruntukan yang diterima dari kerajaan Pusat akan dimasukkan dalam satu akaun.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Dato’ Shaziman Mansor yang menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kedah menyalahgunakan peruntukan menyelenggara jalan negeri untuk tujuan lain.

“Apabila akaun kerjaan negeri menerima peruntukan daripada kerajaan Pusat, wang tersebut sudah bercampur dengan wang sedia ada disebabkan Kedah tidak mempunyai akaun lain untuk membolehkan peruntukan tersebut diasingkan,” ujarnya.

Phahrolrazi berkata, memandangkan kerajaan negeri membelanjakan bemacam-macam perkara sepanjang tahun maka amat sukar untuk memastikan bahawa peruntukan tersebut digunakan untuk menyelenggara jalan negeri.

“Selain itu, urusan menyelenggara jalan negeri diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah sepenuhnya.

“Jadi, isu penyalahgunaan peruntukan tidak seharusnya ditimbulkan,” ujarnya.

Baru-baru ini Menteri Kerja Raya meyatakan bahawa Kedah dan Selangor dikenalpasti menggunakan peruntukan menyelenggara jalan negeri untuk tujuan lain.

3 comments:

  1. "“Apabila akaun kerjaan negeri menerima peruntukan daripada kerajaan Pusat, wang tersebut sudah bercampur dengan wang sedia ada disebabkan Kedah tidak mempunyai akaun lain untuk membolehkan peruntukan tersebut diasingkan,” ujarnya.

    Phahrolrazi berkata, memandangkan kerajaan negeri membelanjakan bemacam-macam perkara sepanjang tahun maka amat sukar untuk memastikan bahawa peruntukan tersebut digunakan untuk menyelenggara jalan negeri"

    Saya berpendapat pernyataan diatas menunjukkan kebodohan yang disengajakan oleh kerajaan Kedah bagi menyalah gunakan wang. Nampaknya exco UMNO Kedah dari PR ini tidak melaksanakan tanggungjawab secara baik, malah wajar sangat di pecat dan ntidak diundi pada pilihanraya akan datang.

    Bukankah dalam setiap penyata akaun ada bahagian dan lapuran sumber serta perbelanjaan>? Kalau dah disalah gunakan tentulah bagi jawapan yang amat meragukan. Inilah masaalahnya bila pertama kali berkuasa di Kedah. Tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  2. hang dok merapu apa eih....belanja duit pusat pun bukan p dok bagi kat parti buat mesyuarat....bukan dok beli tudung bagi kat wanita cawangan...duit tu buat jalan jgk...tp jalan kampong....salah guna mai kot mana...mungkin sbb kontraktor kroni tak dapat projek macam dulu kot...sebab tu yang dok meroyan....

    ReplyDelete
  3. tibai yang bodoh,hang tu yang dok meroyan...cerita dia pak hang bagi duit 10 ringgit suruh belanja,hang belanja beli tudung,buat mesyuarat 5 ringgit saja.jadi pak hang tanya la lagi 5 ringgit hang belanja kot mana..pak lebai ni muhong pak aku bole la.klau satu akaun pon xkan xdak statement bank,klau 100 juta masuk suruh perbaik jln,yg dok pi masuk tabung "AMANAH" buat pa.tu namanya xamanah tibai oi,sebab orng bgi duit suruh PERBAIK JALAN.

    ReplyDelete