Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah berkata pendakwa raya telah membuktikan kesemua keterangan dan saksi untuk mempertahankan tuduhan ke atas Anwar.
"Kes prima facie telah dibuktikan ke atas tertuduh," kata hakim yang membacakan alasan penghakiman kes peringkat pendakwaan, yang berlarutan kira-kira satu setengah jam bermula 9 pagi tadi.
Katanya, tiada sebab bagi mahkamah untuk tidak menerima bukti-bukti yang diketengahkan pendakwa raya dalam kes ini.
Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Ini kes liwat kedua melibatkan Anwar selepas yang pertama 13 tahun lalu.
Terdahulu, Mohd Zaibidin memutuskan bahawa Saiful, yang juga pengadu, merupakan seorang saksi yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai.
Mohd Zabidin juga berkata kesemua tiga doktor telah memberikan keterangan secara positif dan memutuskan ada elemen peneterasi.
Team Anwar dah jangka keputusannya sebaik saja hakim ini dinamakan sebagai hakim dalm kes liwat2 ini.Kalau tidak masa kan Karpal meminta hakim ini mengundur diri.
ReplyDeleteJab..
ReplyDeleteAku rasa mereka memang suka untuk panjang2 kan kes DSAI...kalau mereka lokapkan DSAI habis cerita...Perangai manusia hari ini bersedih bila kematian..seminggu dua lagi gembiralah balik....
Jika DSAI diluar mereka boleh tendang2 beliau seminggu sekali dengan hanya keluar muka depan Utusan Malaysia....penyokong2 UMNO juga tak akan lupa perasaan dendam dan benci pada PR....