Thursday, May 19, 2011

PEKIDA:SAMPAI BILA HANGPA NAK JADI LAGU NI?

PEKIDA CEKEK DARAH PENIAGA UPTOWN DANAU KOTA?

(klik untuk besarkan)

Untuk makluman sebelum ini memang para peniaga di wajibkan membeli Kanopy dengan Persatuan aka PEKIDA dengan kadar harga RM450 satu unit kanopy 8x8. Walaupun terdapat rungutan mengenai harga yang terlalu mahal namun para peniaga membayar RM450 kepada Pihak persatuan kerana tidak mahu di panjangkan kepada pihak yang berkenaan.

Namun kali ini berbeza apabila para peniaga merasakan tindakan Persatuan yang mengurus bazar Uptown Danau Kota keterlaluan dan sungguh KEJAM sama sekali.

Bayangkan harga sebelum ini yang di jual persatuan Penjaja dengan harga RM450 sebulan telah di naikkan dengan kadar harga RM650 seunit Kanopy. Alasan yang di berikan kali ini adalah kerana Kanopy yang baru ini berukuran 8x12 kaki.

Lebih memeranjatkan Paksaan di lakukan kepada para peniaga dengan menyatakan Jika peniaga tidak membeli kanopy yang di jual persatuan maka para peniaga yang tidak membeli itu TIDAK BOLEH MENJALANKAN PERNIAGAAN.

Hebat benar kah Persatuan '******'? Persatuan Penjaja Peniaga MELAYU? Ini bukan lagi Membantu Melayu sebaliknya MENINDAS para peniaga di Uptown Danau Kota yang 99% adalah peniaga Melayu.

Mohon DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan Menghalang dari Penindasan yang cuba di lakukan oleh pihak Persatuan kepada para peniaga Uptown Danau Kota dan kita juga minta pihak DBKL menyiasat mengapa begitu tinggi harga yang di kenakan ke atas Kanopy bersaiz 8x12 kaki yang mana sedangkan di pasaran harganya tidak sampai RM300.
JANGAN BEBANKAN RAKYAT, PARA PENIAGA PUN RAKYAT JUGA JANGAN AMBIL KESEMPATAN DENGAN MENGHISAP DARAH PARA PENIAGA YANG KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG.

1 comment:

  1. salam.

    saya pun turut amat merasa sedih dengan pekida sekarang ni. entah apa2 yang diperjuangkannya. cakap amar makruf nahi munkar tapi x paham pun maksudnya. amar ialah menyuruh dan nahi pulak mencegah atau melarang. kalau setakat nak bawa key-chain, nak sticker kat cermin kereta, nak pakai crown kat atas kereta tapi x paham apa maksudnya, baik bubarkan je la. bila dah dapat lupa segala2nya. ADA YANG SAMPAI LUPA APA YANG DIIKRARKAN. LUPA APA YANG DIJUNJUNGKAN. SEHINGGA LUPA MULUT SENDIRI YANG MELAFAZKAN SUPAYA 30 JUZUK MAKAN DIRI SENDIRI JIKA LANGGAR. LUPA, ALPA DAN BODOH

    ReplyDelete