bhsukan@bharian.com.my
BARISAN pemain Kedah perlu ikut segala arahan diberi ketua jurulatih pasukan, Wan Jamak Wan Hassan jika berhasrat untuk tidak pulang dengan tangan kosong apabila menentang pendahulu Liga Super, Kelantan di Kota Bharu, malam ini.
Wan Jamak berkata kegagalan pemain ikut arahan menjadi punca skuad Hijau Kuning terpaksa berkongsi mata dengan Sabah, Selasa lalu biarpun mampu mengekalkan kedudukan di tempat keempat liga.
“Saya sudah bersemuka dengan anak buah saya dan mereka mengetahui apa yang mereka perlu lakukan ketika berdepan Kelantan esok (malam ini).“Dalam perlawanan sebelum ini (bertemu Sabah), saya mengarahkan barisan pemain menghantar bola leret ketika membuat hantaran dari tepi tetapi pemain saya menghantar bola tinggi dan ini memberi peluang kepada pertahanan lawan mengekang segala usaha pemain,” katanya.
Kecederaan turut membelenggu pasukan itu apabila penyerang, Azlan Ismail dan Khyril Muhymeen Zambri terpaksa diketepikan pada perlawanan malam ini.
Biarpun mahu menambah tiga lagi mata perlawanan, Wan Jamak mengakui faktor ribuan peminat yang bakal membanjiri Stadium Sultan Mohamed pasti membakar semangat barisan pemain lawan.
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PemainHijauKuningdiingatikutarahanWanJamak/Article (06/05/2011)

No comments:
Post a Comment