Sunday, September 4, 2011

Dr.Asri kata Zaman PAS & UMNO sama saja di Kedah..Betoikaa??

Ana sambut baik komen Dr MAZA, bahawa Kedah masih belum di tahap memuaskan. Ini satu teguran yang baik supaya kita sedar di mana kelemahan kita. Biasalah, seorang 'outsider' pasti akan memberikan komen berdasarkan apa yang dia nampak.



Komen Dr.Asri :

DrMAZA.com

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxLL5c8YYSLlkwLZ7urttdK_pXfby1RGF8eo4BoJOpO0E6ROlbm3KSGFeMsMtjh1cY8HjgZVT3ZzZzJ6wlJP7BaXWOLG1JL3R1cUNk5FAIhlnyIVws5X1yJKa9tg_0jtkpbDkvmxgXpSlf/s1600/asri.JPG
Ini jawapan sahabat di facebook :



Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada masalah ini, terutamanya dari sudut kewangan. Antaranya hutang berbilion yang ditinggalkan kerajaan lama, masih dalam proses penyelesaian. Alhamdulillah sudah selesai separuh. Peruntukan yang sepatutnya diberi oleh kerajaan pusat kepada setiap negeri disekat sebaik sahaja Kedah bertukar pimpinan (isu ini pasti -fbuser- lebih tahu kerana Kelantan dah 20 tahun hadapi masalah sama) yang sekarang ini sudah mencecah RM 100 juta. Maknanya kerajaan pusat berhutang dengan Kedah sebanyak RM 100 juta (Kelantan lagi banyak, dengan royalti lagi hehe).



Untuk pengetahuan Dr MAZA dan antum semua, memang ada beberapa projek dalam pelaksanaan. Macam biasalah, semua polisi ekonomi tidak akan berhasil dalam setahun dua, malah biasanya 5-6 tahun baru nampak hasilnya. Contohnya skim kifalah, projek Keli-K, projek nenas (alhamdulilah, Kedah sudah jadi pengeluar nenas kedua terbesar Malaysia), skim e-sinar dan sebagainya. Yang baru nak bermula antaranya skim pinjaman tanpa faedah utk penjawat kerajaan. Boleh rujuk sendiri buku Kedah Sejahtera: Pencapaian Kita.



Isu air. Ya air di Kedah naik 2 sen, sebab kos penswastaan. Mungkin ada yang terbeban dengan kenaikan ini (walaupun ana meragui ada yang terbeban) tetapi penswastaan ini merupakan cara untuk menjadikan SADA lebih efisien. Kita sudah banyak belajar daripada sosialisme dan komunisme, 'central planning', walaupun dalam benda-benda asas seperti air dalam keadaan negeri sedang banyak berhutang, krisis akan berlaku. Malah pendukung Libertarian pergi lebih jauh dengan mencadangkan juga supaya pendidikan pun diswastakan sepenuhnya. Hanya untuk menyelesaikan masalah 'business cycle' yang menjanjikan krisis ekonomi dalam tempoh-tempoh tertentu. Tetapi pastinya Malaysia tidak akan menswastakan pendidikan (buat masa ini), lihat saja taraf hidup rakyat.



Untuk pengetahuan Dr MAZA juga, pembangunan tidak seharusnya dilihat hanya pada material, tetapi haruslah dilihat pada pembangunan manusiawi. Banyak program pembangunan insan seperti kem-kem bina sahsiah dan sebagainya telah dilaksanakan setiap kali cuti sekolah untuk pelajar-pelajar. Hal ini tidak pernah dilaksanakan kerajaan sebelumnya. Juga mengambil pendekatan Kelantan, iaitu kuliah mingguan di kediaman rasmi MB setiap hari Sabtu.



Sebagai kesimpulan, Kota Rom tidak dibina dalam masa satu malam. Sesudah zaman kerosakan selama 50 tahun, pastinya polisi pembaikan juga akan mengambil masa bertahun-tahun. Tiada satu pun polisi ekonomi yang berhasil dalam masa 3 tahun. Semuanya masih dalam proses.



Terima kasih."





No comments:

Post a Comment