Tahun ini, kemerdekaan Malaysia disambut sehari selepas perayaan Aidilfitri. Umum telah diiklankan dengan satu slogan yang berbunyi ‘merdeka raya’. Maka dari slogan itu, rakyat di bumi Malaysia ini telah dihidangkan dengan pengertian mengenai kemerdekaan tanpa meninggalkan sambutan perayaan Aidilfitri.
Selepas tanggal 21 Ogos yang lalu, atas dasar semangat kemerdekaan yang memuncah, rakyat di bumi Malaysia telah digemparkan dengan berita mengenai ceramah Timbalan Presiden PAS Haji Muhammad Sabu atau Mat Sabu yang mengangkat martabat pejuang komunis di Malaysia ini sebagai pejuang sebenar yang menegakkan kemerdekaan di bumi Malaysia. Akhbar, stesen televisyen, majalah dan berbagai media lain telah memainkan peranan yang hebat bagi mengulas teori tutur kata Timbalan Presiden PAS itu.
Pendapat demi pendapat telah dihujahkan dan sekaligus telah melenyapkan semangat harmoni persediaan umat Islam di Malaysia ini untuk menyambut kehadiran satu Syawal. Implikasi dari perkara tersebut sekali lagi telah melenyapkan semangat atau resmi bermaaf-maafan di antara sesama umat Islam apabila tibanya satu Syawal baru-baru ini. Pergi saja di mana-mana tempat atau rumah yang dikunjungi pada satu Syawal, pasti kita akan ditanya ‘betulkah komunis itu pejuang kemerdekaan sebenar di Malaysia. Bukankah komunis itu tidak ber’tuhan’ atau aties, bagaimana komunis ingin memperjuangkan Islam di Malaysia ini?’
Dari persoalan yang dihujahkan itu, dapatlah diperhatikan bahawa sejarah di bumi Malaysia ini mulai tercemar ke’suci’annya. Memang bercanggah penegasan Timbalan Presiden PAS itu dengan sejarah yang diajarkan selama ini. Sejarah turun temurun inilah yang dikatakan ‘suci’ bagi segolongan rakyat di bumi Malaysia. Sememangnya tembolok lama telah berjaya diretakkan sedikit demi sedikit.
Ramai yang menghujahkan soalan pada saya (terutama sanak saudara ketika satu Syawal diraikan) ‘apakah benar ucapan dari Mat Sabu itu?’ Jawap saya pada mereka ‘benar’. Mereka bertanya lagi ‘apakah UMNO selama ini bukan pejuang sebenar kemerdekaan di Malaysia?’ Jawap saya ‘itu tidak benar’. Mereka yang bertanya pada saya mulai keliru dan buntu. Saya menyambut kebuntuan mereka dengan mengatakan ‘merdeka bererti kebebasan bukan kebebalan’.
Dari segi sejarah yang diajarkan selama ini, dapatlah dipastikan bahawa hanya satu golongan sahaja manusia yang bertungkus lumus memperjuangkan kemerdekaan di negara ini. Golongan yang dimaksudkan itu adalah golongan sebuah organisasi pertubuhan melayu (UMNO atau PERKEMBAR – Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). Inilah sejarah yang bersepah ditulis di dada buku-buku yang ingin menceritakan mengenai sejarah di Malaysia.
Memang tidak dapat dinafikan, UMNO adalah di antara golongan yang begitu ke depan memperjuangkan kemerdekaan di Malaysia ini. Namun perspektif ini akan menjadi sempit jika rakyat di bumi Malaysia terus mengakui hanya UMNO sahaja pejuang kemerdekaan di bumi Malaysia. Hal inilah yang dikatakan kebebalan minda bukan kebebasan minda. Bukan sahaja UMNO yang tunggal memperjuangkan kemerdekaan di Malaysia ini, malah ada golongan-golongan lain yang turut serta memperjuangkan hak yang sama yang diperjuangkan UMNO di Malaysia yakni kemerdekaan. Golongan-golongan lain inilah yang tidak disebut secara menyeluruh dalam pustaka sejarah. Apabila ada individu yang cuba menceritakan hal sebenarnya yang berlaku maka, mereka itu akan disabitkan dengan kesalahan memutar belitkan sejarah suci tanah air. Perspektif ini salah sama sekali. Ini tidak benar. UMNO adalah pejuang kemerdekaan samalah seperti golongan lainnya yang memperjuangkan kemerdekaan.
Pandangan dari pelbagai sudut ini harus diterangkan. Pendapat dari berbagai pihak harus diraikan dengan ilmu bukan dengan satu tuduhan yang melulu. Jika Mat Sabu meluahkan pendapatnya, maka seluruh agensi mahupun individu harus meraikan atau menyambut baik pendapat Mat Sabu itu bukanlah ianya harus dijatuhkan hukuman dengan mengatakan ‘buta sejarah’ dan sebagainya. Melihat dari berbagai aspek inilah yang dikatakan ‘merdeka’ sebenar (kebebasan minda).
Hal ini bukanlah berkaitan dengan ‘siapa’ yang berkata. Mutiara kata Sasterawan Negara Usman Awang berbunyi ‘jangan memandang siapa yang berkata, pandang apa yang dikatakannya’ boleh dijadikan sebagai panduan dalam menangani kekeliruan ini. Mat Sabu sebagai seorang yang cuba memecahkan minda sempit rakyat supaya menjadi terbuka dalam menerima segala fakta yang berkaitan dengan kemerdekaan di Malaysia. Ini harus diterima dengan positif. Sebagai rakyat yang merdeka, kita tidak harus mencampakkan pendapat Mat Sabu itu terus ke tong sampah atas sebab jawatannya sebagai Timbalan Presiden PAS bukan Timbalan Presiden UMNO.
Jika sejarah diceritakan hanya berpihak pada sebelah pihak cuma, ianya akan terus menerus menyempitkan pemikiran umum terutamanya rakyat. Perkara menyempitkan sejarah ini juga dapatlah ditafsirkan seperti doktrin pihak tertentu untuk kepentingan dalam sesuatu perkara dan umum akan melihat hanya satu golongan atau pihak sahaja yang menyelamatkan Tanah Melayu (Malaysia) dari cengkaman penjajah.
Hal ini tidak berasas sama sekali, kerana golongan yang menafsirkan bahawa mereka adalah wira tunggal itu masih belum wujud di zaman penentangan komunis ke atas pihak Inggeris. Pergerakan rakyat bukan bermula pada tahun 1946 ke atas, malah ianya telah berlaku sejak zaman sebelumnya lagi. Penentangan terhadap gabenor JWW Birch di Pasir Salak, penentangan Tok Janggut terhadap Inggeris, penentangan Dol Said di Naning serta berbagai lagi penentangan yang dilakukan di zaman sebelum 1940an lagi tidak diceritakan dengan secara tepat serta menyeluruh. Namun bila pertikaian dari sesuatu pihak lain yang mempertikaikan kesahihannya, maka kita tidak boleh menafikan hak pertikaian tersebut. Tujuan dan matlamatnya boleh dianggap murni kerana tujuan dan matlamat pertikaian tersebut harus disambut positif dengan penyelidikan secara lebih dalam dan teliti lagi mengenai sejarah kemerdekaan negara Malaysia.
Justeru sebagai rakyat yang merdeka, kita haruslah melihat lantas menimbang kata-kata yang terluah dari seseorang itu bukan memandang siapa yang berkata. Benar UMNO adalah pejuang kemerdekaan tetapi janganlah dinafikan pihak-pihak lain atau golongan-golongan lain yang turut serta terlibat dalam perjuangan kemerdekaan di tanah air Malaysia ini tak kiralah sama ada mereka berpaksikan Islam, komunis atau sebagainya. Dan sebagai rakyat yang merdeka kita harus bertindak adil dalam menangani pendapat-pendapat yang terbina bagi mematangkan pemikiran kemerdekaan.
Sebagai rakyat yang bertamadun, pembacaan dan pengkajian perlu diperbanyakkan bagi mengecapi ilmu yang benar-benar tulen. Tidak semua orang dapat mengenali yang mana intan yang mana kaca, hanya sedikit di antara yang sedikit. Jangan terus menuding, lebih baik memikirkan dari meluahkan kejian.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Merdekakan minda kita usah dibebali dengan perspektif sempit.
(Al – Fatihah buat Allahyarham Dato Dr. Hassan Ahmad yang kembali menghadap kekasihnya pada tanggal 2 Syawal 1432 / 31 Ogos 2011.)
AMNI JAGAT
4 SYAWAL 1432 / 2 SEPTEMBER 2011
http://www.nusajayakini.com/2011/09/merdeka-itu-kebebasan-bukan-kebebalan.html

No comments:
Post a Comment