Oleh Ahmad Nuri Al-Amin
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat UMNO kini mengakui agar parti tersebut perlu mengguna pakai satu ikatan "akujanji" bagi semua calon UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti bertujuan untuk menghalang calon mereka dari mengkhianati parti sendiri.
Walaupun ianya nampak seolah sama dengan apa yang PAS telah lakukan bagi menunjukkan kesetiaan kepada parti agar tidak bertindak khianat setelah menang kelak.
Perkara menarik yang ingin kami rungkaikan di sini ialah pandangan dan keinsafan UMNO bahawa pengkhianatan bagi semua ahli dan calon mereka adalah satu kesalahan besar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali. Mereka menganggap kesalahan tidak bermoral tersebut adalah satu petanda buruk bagi UMNO jika ianya akan berlaku kelak. Sedar atau tidak, UMNO pernah ada seorang yang pernah keluar parti iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Bota, Perak, Nasarudin Hashim pada tahun 2009 dahulu.
Tetapi akhirnya, Nasarudin telah kembali kepada UMNO tanpa ada satu hukuman terhadapnya. Dalam nada mendesak agar kepimpinan UMNO untuk meletakkan satu "akujanji" kepada semua calonnya, tetapi dalam masa yang sama UMNO boleh pula menerima pengkhianatan dalam parti yang lain untuk bersama mereka. Apa yang berlaku di Negeri Perak dahulu, jelas terbukti UMNO boleh menerima orang yang telah khianat kepada parti mereka untuk bersama UMNO.
Kami berharap agar UMNO sedar dan insaf kerana kerajaan yang mereka bentuk sekarang adalah berasaskan jenis pengkhianatan yang sama dengan didokong oleh mereka yang pernah berjanji setia kepada parti tetapi akhirnya telah belot dan bersama dengan UMNO. UMNO sanggup menerima mereka yang tiada moral dan setia kepada parti masing-masing dan tidak mustahil mereka ini boleh juga sekali lagi mengkhianati UMNO pada bila-bila masa sahaja.
Ahmad Nuri Al-Amin selaku Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

No comments:
Post a Comment