Sunday, December 25, 2011

Pemuda PAS Cuma Layak Tawan Puduraya & Hentian Putra

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

Jam 10:44 minit malam tadi gua terima 1 email "Kenyataan Media Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia" berkenaan dengan kes Rasuah Khir Toyo.

Baca dulu derrr...:

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
KES KHIR TOYO SELESAI, GILIRAN SIAPA PULA SELEPAS INI..?
29 Muharram 1433 bersamaan 25 Disember 2011

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melihat keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Dr Khir Toyo atas tuduhan rasuah membuktikan telahan rakyat selama ini bahawa benarlah beliau terlibat dengan rasuah semasa beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Tiada yang memeranjatkan dalam kes Dr Khir Toyo kerana ramai telah menjangkakan lebih awal apakah nasib yang akan diterima beliau. Kes beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Bagi DPP Malaysia, isu rasuah melibatkan pemimpin besar negara bukanlah suatu isu yang mengejutkan kerana telah acapkali kes rasuah dibicarakan di mahkamah terhadap pemimpin negara. Sehingga timbul persepsi rakyat, bahawa pemimpin negara hari ini adalah sinonim dengan kes-kes rasuah dan penyelewengan kuasa.

Apa yang membimbangkan adalah akan berlakunya krisis kepercayaan rakyat terhadap kepemimpinan negara. Lama-kelamaan ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi dan pilihanraya di negara ini. Rakyat akan merasa muak untuk memilih dan mengangkat pemimpin negara yang akhirnya ditangkap kerana pelbagai kesalahan rasuah. Pemimpin negara dilihat seperti berjuang untuk kepentingan diri mereka sendiri, bukan untuk rakyat yang dipimpinnya.

Dalam hal ini, DPP Malaysia menegaskan supaya pemimpin negara hari ini menjadikan kes Datuk Seri Dr Khir Toyo sebagai teladan bahawa amanah kepemimpinan perlu dijaga dan ditunaikan dengan baik. Kepemimpinan negara bukan suatu kesempatan untuk meraih sebanyak mungkin harta rakyat dan negara demi kepentingan diri sendiri. DPP Malaysia suka mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin negara agar menjaga diri mereka dari terpalit dengan apa juga skandal rasuah yang memalukan negara.

Mutakhir ini telah ada desas-desus beberapa skandal besar yang melibatkan projek besar negara yang sedang dibicarakan rakyat. Pelbagai pembongkaran telah dibuat dan satu persatu skandal didedahkan. Untuk itu, DPP Malaysia meminta mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan skandal rasuah agar segera berundur sebelum mereka didakwa oleh mahkamah rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 dan mahkamah sebenar yang akan menghukum mereka nanti.

Kini rakyat sudah mula mencongak-congak kes siapa pula yang akan tersangkut pula selepas ini untuk dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Mungkinkah ada lagi pemimpin negara akan menyusul Datuk Seri Dr Khir Toyo selepas ini?

Disediakan oleh;
DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia


Lepas gua baca 4-5 kali Kenyataan Media Naib Ketua Pemuda DPPM, gua geleng kepala dan dalam hati gua, gua cakap: Pemuda PAS sampai bila-bila pun memang tak kan cerdik.


Gua heran macam mana Naib Ketua Pemuda DPPM boleh keluarkan kenyataan yang agak "Kelakar", "Menjolok Mata", "Kurang Ilmu" dan bla bla bla bla bla...

Atas dasar apa Naib Ketua DPPM keluarkan kenyataan "Kes Beliau juga adalah berat dan sukar dinafikan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan".

Penganggur curi 6 botol Syampoo bernilai RM100 lebih kena penjara 2 tahun, Penganggur Curi susu bayi bernilai tak sampai RM100 sebab kesempitan hidup dan tak de wang untuk beli keperluan anak kena penjara 3 tahun. Khir Toyo curi hartanah bernilai lebih dari RM3 juta kena Penjara 1 TAHUN SAHAJA.

Apa yang "setimpal dengan kesalahan"..? Naib Ketua DPPM ni demam ke apa..?

Pemuda PAS tak yah berangan nak tawan Putrajaya la kalau tahap IQ dan pemikiran tahap ni... Korang pergi tawan Puduraya dengan Hentian Putra sudah lah...

http://networkedblogs.com/s1NZ6

2 comments:

  1. Buat kenyataan salah, tak buat pun salah! Kalau nak puaskan hati semua orang bukan kerja kita yang bernama manusia. Itu hanya lah kerja ALLAH SWT.

    Usahlah dipolemikkan perkara-perkara kecil sebegini. Kenyataan ini rasa saya hanya merujuk kepada kes rasuah Khir Toyo sahaja tanpa membandingkan dengan kes-kes lain seperti hukuman mencuri 6 botol syampoo dan sebagainya. Kalau nak diikutkan, memang keseluruhan sistem perundangan yang diamalkan di negara kita ni memang tiada keadilannya sebab semua tu kan sistem sekular dan warisan penjajah. Hanya ISLAM jua yang menjamin dan memebrikan keadilan kepada seluruh sistem dalam kehidupan manusia ini.

    Justeru, usahlah kita sewenangnya memperlekehkan usaha sesama kita memberi ulasan dan kenyataan sebagaimana kenyataan DPPM tersebut kalau kita merasakan kita berada di dalam saf perjuangan yang sama. Banyak lagi ulasan dan kenyataan daripada pihak-pihak tertentu yang boleh kita jadikan isu.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Sokong nazaruddin..sepatutnya kita sokong! Lebih wajar lagi Pemuda Pas Malaysia kena rajin buat homework sebelum keluarkan kenyataan. Kenyataan menyentuh mencontohi angry birds yg dikeluarkan sebelum ini,ia contoh yg bagus utk kanak kanak tapi pada org dewasa, mereka fikir Pemuda Pas Malaysia hanya sibuk bermain angry birds, tak buat kerja!
    DPPM! Bayangkan dalam ceramah rakyat, DS Anwar & KM Lim Guan Eng ceramah berapi-api, tiba tiba Presiden PAS cakap marilah kita mencontohi semangat Angry birds.....
    Apakah reaksi anda?
    Jika saya, saya akan ketawa sepanjang malam.ini lawak paling kelakar dalam abad ini.astaghfirullah.
    Saya agak pembaca faham,kerana ia tidak sesuai disebut oleh seorang presiden parti.bagaimana pula dengan pemudanya? Fikir fikirkan....
    Teguran dari yg jauh tanda prihatin, yg dekat tanda sayang. Saya inginkan DPPM letakkan diri mereka pada tempat selayaknya. Biar setanding dgn AMK dan DAPSY yg komited memperjuangkan rakyat.

    ReplyDelete