Tuesday, December 27, 2011

Umno sebenarnya ancaman kepada orang Melayu

Oleh TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

http://hazrul7.files.wordpress.com/2009/04/dato-nik-abdul-aziz-nik-mat.jpgSAYA ingin berpesan kepada setiap ahli PAS supaya sentiasa bersedia untuk pilihan raya setiap saat. Pilihan raya bukan sahaja antara PAS dengan Umno, pilihan raya ini empat, lima tahun sekali, tapi sebenar pilihan raya adalah pilihan antara nafsu dan akal hari-hari.

Pilihan antara syaitan dengan malaikat, nak sembahyang atau tak sembahyang, nak bayar hutang atau tak nak bayar, makan kedai kopi nak bawa balik ke anak isteri atau habis di kedai.

Orang yang bayar hutang bererti dia telah pangkah benda wajib, tak bayar hutang ertinya orang yang pangkah tidak wajib.

Bila dia pilih tidak bayar bererti dia pangkah yang salah. Oleh demikian, pilihan raya bukan antara PAS dengan Umno sahaja, tapi antara nafsu dengan akal.

Di antara agama de ngan tidak ingat agama. Bukan empat tahun sekali tetapi setiap saat, setiap detik.

Pilih hendak ke syurga atau neraka, nak ke syurga hutang kena bayar, sampai waktu sembahyang kena sembahyang, sampai waktu puasa kena puasa, sampai waktu tinggal rokok tinggal rokok.

Saya di Kelantan saya sebut lama dah, nak jadi wakil rakyat mesti orang tidak merokok. Yang merokok saya tidak pilih, itu pandai-pandai dialah.

Dalam Perhimpunan Agung Umno mereka mainkan emosi untuk lawan kita, sedangkan perpecahan antara Muhyiddin dengan Najib begitu ketara.

Najib mahu letak calon boleh menang iaitulah calon pilihannya, kroninya. Dengan serangan hebat dibuat atas kita, macam mana Tok Guru simpulkan PAU itu? Umno (sebenarnya) ancaman bagi orang Melayu, sebab itu 60 tahun hidup orang Melayu tidak ke mana.

Umno sebut Melayu tiada kuasa sekarang, siapa jaga Melayu, kalau tidak Umno? Bila PAS guna Islam, maka sebanyak mana dikehendaki golongan kebangsaan ada belaka dalam Islam, sebanyak mana dikehendaki ekonomi ada belaka dalam Islam.

Banyak mana yang jaga Melayu ada belaka dalam Islam. Jadi mengapanya ambil Melayu sahaja, ambil Islam mencakupi segala- galanya. Ekonomi ada dalam Islam, jaga bangsa ada dalam Islam, sosial ada dalam Islam.

Dalam pimpinan politik ini, Tok Guru paling utama Umno serang. Tok Guru disuruh berhenti dan sebagainya. Macam orang nak main bola dengan ‘Red Warrior’ (Kelantan) tapi Apek tak boleh jadi ‘golkeeper’. Nak lawan apa, kalau nak lawan biarlah Apek jadi ‘golkeeper’. Bubarlah pasukan kamu tu.

Tiada arah kecuali Islam. Islam ini baru betulbetul arah. Tak pasal-pasal Umno tolak Islam pilih kebangsaan. Arah tuju kita orang Islam nak masuk syurga.

Arah tuju orang Umno nak jadi kaya. Kontrak sana sini, tak dapat kontrak, dia rasuah. Syurga neraka dia tidak fikir kerana tiada Islam, Islam hanya jadi tradisi. Umno tiru Eropah, bukannya tiru Nabi Muhammad.

Macam Eropah nak kaya jajah negeri sana, jajah sini, bunuh orang, tidak padan dengan negeri dia datang negeri orang. Kerana hendak kaya saja, syurga neraka bukan dia peduli.

PAS tonjolkan syurga neraka, tonjolkan dosa pahala, tonjolkan nafsu amarah syaitan iblis, tapi Umno tidak tonjolkan ini. Sedangkan inilah kelainan antara sekular dengan agama. Orang sekular tak tonjol lang sung syurga neraka, tonjolnya hanya pembangunan.

Misalnya begini, pengajian matematik sains benda ni tak payah mari dari langit, tak payah wahyu dari langit kerana manusia ada otak.

Otak ni dah cukup untuk manusia faham teknologi, sains, matematik ni. Sebab itu kalau kita pergi mengaji matematik di Russia, dua kali dua sama empat.

Pergi Amerika, dua kali dua sama empat juga. Kerana ini semua boleh guna otak.

Bahkan Russia yang kata tiada Tuhan, dia lebih terkehadapan dari segi ilmu angkasa. Kapal Soyuz tu, Amerika pun tumpang.

Maknanya, komunis lebih terkehadapan untuk naik ke bulan, hal angkasawan.

Ini cukup dengan otak sahaja. Tetapi bila mari wahyu ertinya beri pada kita ilmu yang otak kita tak sampai hendak fikir. Dosa pahala mana orang hendak reti, syurga neraka mana orang nak faham, iblis nafsu di mana orang hendak tahu melainkan dengan wahyu.

Umno tidak tonjol benda ni. Kalau Umno tonjol benda ni, semua rakyat jadi PAS. Kerana syurga neraka ini bukan projek PAS, bukan projek kerajaan, tapi projek Allah.

Allah yang buat bumi, Allah yang buat langit, Allah itu juga akan buat kiamat, akan buat azab kubur.

Oleh yang demikian, kalau Umno tak tunjuk benda ni ertinya Umno telah potong 50 peratus daripada ajaran ilmu wahyu.

PAS tonjol benda ni hingga Umno kata susah Nik Aziz ni kata syurga neraka.

Dah memang agama ni begitu. Syurga neraka ni barang ada, kita terima memang dia ada, kita tak terima pun dia ada, jadi baik kita terima.

Hari ini orang Eropah pun sudah boleh sistem ke wangan Islam selepas keruntuhan dan krisis ekonomi Amerika dua tahun lepas.

Sistem perbankan Islam mula berkembang sekarang. Itu baru ekonomi Islam, insya-Allah sikit lagi akidah Islam juga dunia akan terima. Sekarang ini banyak bank Islam walaupun masih ada kelemahankelemahannya, tapi orang boleh terimanya.

Hari ini walaupun tiada krisis ekonomi tapi (berlaku) hutang atas hutang. Hutang ini bukan apa, dipanggil ‘al-gharar’ iaitu spe kulasi. Islam akan diterima dunia.

No comments:

Post a Comment