Tuesday, December 27, 2011

ALOR SETAR – Lapan jam sabung nyawa


MD. HABIB bersama dua anaknya, Farah Amira Balqis (kiri) dan Farah Nabila Balqis di rumahnya di Kampung Sematang Pinang, Kuala Kedah semalam.

ALOR SETAR – Empat nelayan yang dilaporkan hilang dalam kejadian tiga bot nelayan karam pagi kelmarin diselamatkan oleh sebuah kapal dagang Myanmar di barat daya Pulau Segantang di perairan Langkawi kira-kira pukul 4 petang kelmarin.

Mangsa, Md. Habib Kasa, 51, (tekong) dan Kasim Ghazali, 56, serta dua warga Thailand Hem Peng, 60, dan Som Mai, 35, selamat tiba di Kuala Kedah pada pukul 7.30 pagi semalam.

Mereka adalah antara 11 orang yang menaiki tiga bot nelayan yang dipercayai karam di perairan Pulau Segantang di sini pagi kelmarin. Tujuh lagi nelayan berjaya diselamatkan oleh pasukan Maritim Malaysia (APMM) dan bot nelayan tidak lama selepas kejadian berlaku.

Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata, agensi itu menerima laporan daripada anak seorang tekong bot nelayan yang menyatakan empat nelayan telah diselamatkan oleh kapal dagang.

“Berdasar maklumat itu, bot APMM Pulau Pinang telah diarahkan ke Jeti Tanjung Marina untuk menguruskan mangsa terbabit,” katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment