KUALA TERENGGANU – Di negara yang sudah membangun seperti Malaysia sepatutnya tidak perlu guna dakwat kekal.
Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Terengganu, Rozi Mamat berkata, kaedah yang lebih maju perlu dipraktikkan dalam proses pengundian di negara ini dan bukannya menggunakan dakwat kekal yang dianggap terkebelakang serta hanya digunakan negara kurang membangun.
“Pada saya, kita perlu lihat satu langkah ke hadapan. Tengok kesesuaian dalam negara memandangkan sekarang anak muda yang ramai mengundi. Lagipun, sistem dakwat kekal dilihat terkebelakang sebab negara maju sudah tidak guna, India gunalah,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini.
Mengulas soal keadilan dalam kaedah sistem pilihan raya yang digunakan ketika ini, beliau menganggap isu keadilan tidak timbul sama sekali kerana semua pengundi diberi ruang untuk mengundi.
Bagaimanapun, beliau berkata, isu mengundi dua kali yang ditimbulkan pembangkang dilihat cuba mengaburi pengundi di negara ini bagi menggambarkan imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak telus.
Sehubungan itu, katanya, pembangkang lantang membawa isu penggunaan dakwat kekal yang dikatakan lebih adil walaupun menegaskan sistem sedia ada tidak menipu mana-mana pihak.
“Soal ketidaktelusan tidak timbul tetapi itulah yang dibangkitkan pembangkang dengan mengaitkan pe-ngundi mengundi dua kali. Ini tidak berlaku. Begitu juga pengundi hantu yang dibangkitkan pembangkang, kalau menang tidak pula bersuara,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan SPR untuk menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof yang enggan memaklumkan sumber negara ia diimport berkata, dakwat kekal itu telah digunakan di negara luar bagi memastikan piliahn raya berjalan lancar.
Rozi yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu berkata, beliau menerima keputusan tersebut sekiranya telah ditentukan SPR.
Monday, December 26, 2011
Apa punya Otak UMNO... ada ka kaedah celop jari tu perbuatan 'KUNO'...!!
Tidak perlu guna dakwat kekal
Labels:
Pilihanraya,
Sinar Harian,
UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kita tengok lah lepas guna dakwat ni , apa lagi alasan kalau dah kalah nanti.
ReplyDeletePokoknya jadi wakil rakyat ni kena bagi servis pada rakyat. jangan lepas dapat jawatan , dapat duit elaun , terus lesap.