KOTA KUALA MUDA
Penduduk terdiri dari tiga buah Kampung, iaitu Kampong Sungai Meriam, kampong Permatang Berangan, Kampung Permatang Tengah, mereka kebanyakannya terdiri dari nelayan sungai, penternak ikan dalam kolam, pengusaha rumpai laut, penduduk kini amat marah kerana aduan mereka tiada kepedulian dari mana-mana pihak untuk tampil menangani masalah yang mereka hadapi di mana projek akuakultul seluas 112 hektar sedang diusahakan oleh taukey kolam udang.
Penduduk kampong amat kesal kerana di situ juga terdapat satu kawasan yang seluas hamper satu kilometre persegi yang di usahakan sebelum Ini ditinggalkan terbiar. Pada awal bulan November 2011 hingga sekarang penorokaan baru untuk mengorek kolam baru telah rancak berjalan sehingga beribu-ribu hektar hutan paya bakau telah musnah, laluan sungai tempat nelayan berulang alik menangkul ketam telah di sekat, pokok yang di tebang di biarkan teredam didalam sungai, kini air menjadi busuk dan menjejaskan kolam pengusaha rumpai laut penduduk, sehingga melibatkan kerugian ribuan ringgit.
NGO yang terdiri dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Pertubuhan Muafakat Warga Desa Negeri Kedah (Rural Citizens) telah turun padang meninjau kelokasi projek melihat sendiri kerosakan atau kemusnahan ekosistem dan habitat hutan paya bakau di Sungai Dedap anak Sungai Merbok. Juga mendapati pencerobohan juga berlaku terhadap tanah-tanah pendudduk yang bergeran .
Justeru, NGO turut simpati serta bersama – sama penduduk kampong membantah projek akaukultur ini, meminta pihak berkenaan hentikan segera projek ini.
Pengerusi dan AJK Badan Bertindak menangani projek mega akualultur ini meminta campur tangan segra Menteri Besar Kedah supaya turun padang lihat sendiri kemusnahan yang berlaku yang menjejaskan masa depan sumber rezeki penduduk-penduduk terbabit. Kami amat marah dengan projekini kerana mengabaikan nasib anak-anak tempatan, kini kami menanggung kerugian, jangan biarkan kami hilang kesabaran, ini kampong kami, jangan bubuh pasiaq dalam periuk kami…
No comments:
Post a Comment