ALOR SETAR – Atas dasar peri kemanusiaan dan keperihatinan, kerajaan negeri Kedah telah bersetuju bagi melupuskan hutang pinjaman pelajaran kerajaan negeri Kedah yang berkaitan dengan kes-kes tertentu.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri telah bersetuju untuk melupuskan hutang tersebut, yang gagal membayar disebabkan kematian, peyakit kronik, gila dan yang tidak mempunyai daya lagi untuk membayarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyerahan sumbangan kepada SKJ(C) Keat Hwa dan Sin Min di Wisma Darul Aman.
“Ianya bererti kita tidak akan meminta lagi wang kepada penjamin pelajar tersebut untuk membayar hutang itu. Ianya adalah atas dasar kemanusiaan kepada mereka yang tidak mampu membayar,” katanya.
No comments:
Post a Comment