Thursday, December 1, 2011

Mana-mana makcik pakcik abang kakak kat PWTC lanie.. mai saya nak habaq LEMBU FIDLOT tu menatang apa..???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_cU3c13QnDM_Jhzh6Bzg83t3f1Bn70LPCEgVJhrDEgPgQz_ky8IAtekUBDBZAWcg4BwmOTcHVmqljeGl-3kZHoPJyfibc_dg40eFR8CC3OseRcpaRlE-l-aXlqrnKxqudTpsRYdiKTwg/s1600/DSCN1880.JPG
Tadi terbaca dalam Malaysiakini pendedahan oleh Pengarah Strategi PKR, kisah kompeni Lembu Fidlot RM250 JUTA guna duit dana tu beli Mercedes RM500,000 lebih, beli tanah di Putrajaya RM3,000,000 lebih. Hari tu heboh kata beli kondo juta-juta, kemudian pi makan angin guna duit dana itu merata dunia.

Habis la duit subsidi beras, gula dan minyak kita yang kena tarik hari itu yang kononya nak digunakan bagi meningkatkan prasarana dan kesejahteraan rakyat jelata, habis RM250 JUTA melayang masuk kocek kroni depa macam tu saja.

Dok ingatkan cerita KRONI-KRONI ini cuma wujud di zaman Mahathir saja, UMNO zaman pasca-2008 pun masih ada cerita KRONI lagi. Heran sungguh dengan puak-puak ini, tak takut sungguh depa ini kat suara rakyat jelata. Depa buat Malaysia ini, duit Negara kita ini macam duit Mak Bapak depa saja.

Haram Bejadah – lembu fidlot betoi!

Depa senang-senang saja dapat dana RM250 JUTA, yang kita kat bawah ini nak dapat pinjaman seribu dua pun payah. Naik bank turun bank, bila hulur kertas kerja kertas cadangan dll, nanti depa minta surat rekomen la gerenti la cagaran geran tanah la apa ke bala la, sampai ke sudah sekupang pun tak dapat.

Ini bukan saja-saja tulis, ini tulis dari hati, nie yang marah sangat ini.

Saya rasa dalam berpuluh juta rakyat Malaysia yang layak mengundi ini, saya adalah antara yang layak dan ada otoriti kalau nak sembang bab lembu Fidlot ini. Kisahnya, beberapa tahun yang silam, kami 3 sekawan, kerja kilang, sebab tak sanggup dah lagi menahan debaran di dada tiap kali musim VSS di kilang-kilang industri melanda, maka kami decided nak buat business sendiri, nak jadi tauke, tak mau kerja kilang dah.

Survey pi survey mai, kami memutuskan nak buat projek lembu fidlot.

Untuk yang tak tau apa itu lembu fidlot, mudah ja – beli lembu hat dara/masih kecik cara,katakan beli harga RM1000; bagi makan dedak banyak-banyak; sampai waktu jual harga RM2000 misalnya. Maka, tolak kos dedak, penyelenggaraan kandang dan gaji pekerja, dapatlah seekor bersih RM700 misalnya.

Kalau tiap 3 bulan boleh jual 100 ekor, dah dapat untung bersih RM70,000; setahun boleh dapat RM280,000 lebih. Kalau 1000 ekor mau dapat RM2.8 JUTA setahun. (Fuh! Hebat, macam itulah kononnya).

Kandang kami itu terletak di kampung asal saya di Baling Kedah. Buat permulaan, kami buat cara part time, upah pekerja kat kampung untuk uruskan lembu-lembu dan kadang itu, siang kami kerja kilang, malam kalau ada masa perderas pi sat tengok kandang; weekend memang kat Balinglah tempat kami berkampung.

Masak benarlah kami bab arena bela membela lembu ini, daripada tak tau jenis-jenis lembu, kami mula belajar mana dia yg dikatakan lembu KK, lembu Brahman, LID dan sebagainya.

Nak cerita kat hangpa, bela lembu fidlot ini atas kertas nampak mudah semudah ABC macam saya tulis di atas tadi, boleh jadi JUTAWAN kalau kena gaya – kononnya lah.

Last-last kami lelong lembu dengan kandang-kandang sekali, lelong macam itu saja. Yg tinggal cumalah sumber air Boring ka apa benda tu, digunapakai oleh orang kampung kat situ sampai hari ini.

Pasal apa? – panjang cerita dia. Patutnya Jawatankuasa yang meluluskan pinjaman RM250 JUTA itu mai consult minta pendapat kami dulu sebelum memandai-mandai bagi macam tu saja dana hasil jimat duit subsidi gula beras minyak duit kita semua ini.

Orang yang kerja kilang macam kami ni jenuh buat kertas kerja, buat kertas pinjaman pi usung merata ceruk minta pinjaman, haram jadah – habuk pun tak dapat.

Hari tu ingat lagi sorang kawan saya berbangsa Cina di kilang cakap; dia kata:

“Monier, you ok la, you BUMI, senang nak buat bisness apa pun ok, kerajaan ada boleh tolong!!”

Pii rah – kami ini MELAYU, BUMIPUTERA MELAYU bukannya BUMIPUTERA UMNO, kalau UMNO tak tau apa-apa pasal lembu pun mudah-mudah ja orang bagi pinjaman!

Lalu, tanpa dana dan pinjaman apa sangat yang mampu kami lakukan; tak dak pilihan kami 3 orang pakat kongsi sorang sikit duit simpanan mana yang ada. Hasilnya, bila dana pun takat taik hidung saja, baik tak payah bela lembu, dedak dan kos sampingan saja untuk dua tiga puluh ekor lembu mau kena ada sehari-hari dua tiga ratus ringgit. Sebulan mau beribu. Kerja kilang macam kami ini takat mana sangat boleh bertahan.

Tat pa lah, bab dana tolak tepi – nanti orang kata dah tau DUIT tak dak, yang dok gatal nak pi buat projek lembu fidlot tu sapa suruh. Ini saya nak habag pasal apa projek lembu fidlot itu memang tak feasible, memang payah nak berdaya maju, tak boleh buat duit haih kalau nak dibandingkan dengan system ternakan lembu cara tradisional, lepas secara terbuka di ladang-ladang kelapa sawit atau pun estet-estet macam yang selalu kita nampak orang-orang India dok buat.

Satu lagi nak habag kat hangpa, kalaulah betul sungguh bisness lembu fidlot ini hebat boleh bagi kaya sampai jadi juta-juta wang dah lama dah Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai JPH (Jab Perkhidmatan Haiwan) berhenti kerja dan buat bisness lembu fidlot ini. Pasal apa?

Bila dah bela lembu fidlot ini, baru kami tau bahawa lembu ini payah nak dijual. Kalau hebat pun cumalah di musim raya korban; itu pun kat Kedah ini waktu tu (pra-2008) bila kami nak jual keluar berita dalam suratkhabar kata ada Datuk apanama tah, dengan pertalian politik dia, dengan AP yg dia ada, depa bawa masuk beribu-ribu ekor lembu dari Burma.

Hangpa tau, berapa harga lembu tu depa beli kat Burma? cuma 3 pat ratus ringgit saja, masuk sini jual seribu lebih, terus kacau pasaran kami, habis penternak tempatan pakat bungkuih. Nak buat macam mana, depa orang politik, ada AP boleh guna alasan lembu tempatan tak cukup untuk bawa masuk lembu luar untung berjuta ringgit!

Selain itu, di luar musim Korban memang sukar nak jual lembu ternak ini. Sebab utamanya kerana orang-orang kita tak ramai makan daging lembu tempatan, restoren dan kedai makan pula lebih suka masak daging lembu/kerbau import sebab harganya jauh lebih murah.

Dah la tu, daging lembu fidlot ini dagingnya tak sesedap daging lembu bukan fidlot. Kalau hangpa makan sekali, sure tak mau makan dah – ya lah lembu makan dedak – nak sedap tara mana sangat!

Lagi satu, tak tau kenapa, lembu fidlot ini macam belon saja, suka-suka boleh kembung suka-suka boleh kempis. Masih ingat lagi, hari tu ada orang nak mai tengok nak booking beli lembu kami, dia kata lusa dia nak mai. Masalahnya, lembu tu asalnya gemuk tapi tiba-tiba kempis pulak, terus kami bagi dia makan tak berhenti-henti, sat sat dedak sat sat hampas sawit sat sat sagu batang rembia.

Mai hari org nak melawat tu, tu dia - dia naik kembung mencanak, nampak gemuk gedempol sungguh.

Esok lusanya, bila kurang makan, kempis macam itu saja. Ringkas ceritanya, kalau nak dibandingkan dengan lembu tempatan yang diternak secara tradisional itu, beza kembu fidlot dan lembu tradisional ini macam ayam daging vs ayam kampung.

Quality dia memang out, sapa-sapa yang buat 100% system lembu fidlot ini memang payah nak bertahan lama.

Sebab itu saya tak heran bila baca dalam internet kisah orang dapat dana berjuta-juta buat lembu fidlot, tapi pi rolling duit tu beli Kondo. Tapi, tak taulah jugak, mungkin depa beli kondo ada sebabnya – sapa tau depa mungkin tengah dok buat R&D, bela lembu fildot dalam kondo, ada air cond – mungkin sapa tau quality lembu depa itu lagi baik, lebih bersih dan lebih sedap berbanding lembu tempatan.

Kalau itu matlamat depa, kita semua kena sokong – muarghahhahaha.

Lembu Fidlot betoi!

moniermatdin@yahoo.com
2.12.11

No comments:

Post a Comment