MALAPETAKA CUAI LEPAS TANGAN CINCAI MENANGANI
CALUN TUMPANG MUET 2012 DIPUSAT SMK SB KULIM
SABTU : 10 - 11 - 2012
RENCANA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB
SABTU : 25 ZULHIJJAH 1433H / 10 NOVEMBER, 2012
Saya sekeluarga mengiringi anak dalam memberi galakkan dan sokongan
padu kepada anak kami. Dengan gembiranya kami bertolak ke pusat
peperiksaan MUET 2012, pusat di SMK Sultan Badlishah. Kami tiba ke SMK
SB jam 7.30 pagi, selepas bersama anak, kira-kira 10 minit kami mula
berpisah untuk merealisasi program masing-masing. Anak menuju ke pusat
peperiksaan dan kami pula akan bertolak untuk dapatkan sarapan. Sebaik
selesai bersarapan kami akan keprogram "MESRA RAKYAT" di Padang Serai.
Kira-kira 5 minit anak called memaklumkan beliau tidak dapat
mengambil peperiksaan di SMK SB. Alasan pengawasan peperiksaan, soalan
MUET 2012 tidak cukup. Saya terkejut dan mendapat berita pelek macam
tak percaya. Lantas saya kembali dekat anak.
Hatta malang sunggoh nasib menimpa calun-calun termasuk anak saya.
Mereka gabra, dukacita, tensyendan dan terpinga-pinga. Calun-calun
malang hampir 20 orang itu diarah bertindak sendiri ke pusat
peperiksaan MUET di Kolej MARA Kulim kalau mahu mengambil juga. Tanpa
sedikit jua pun mereka (pengawas peperiksaan) memikirkan lojistik
calun ke Koleh MARA. Saya rasa arahan dari pengawas tersebut, ianya
bercanggah dengan etika yang termaktub dalam MPM - Majlis Peperiksaan
Malaysia. Calun yang disahkan nama dan tempat mengambil peperiksaan,
makanya menjadi kewajipan Ketua Pengawas Peperiksaan/Pengawas
mengatasi sendiri apa-apa jua masalah dalaman mereka bukan dibebankan
kepada calun menyelesaikannya.
Jadinya, ketika itu saya membisu, keutamaan adalah membawa anak ke
Kolej MARA dan membantu macam sardin tumpangkan anak pelajar yang
lain. Sungguh tidak patut dan tindak bertanggunjawab dan mesra
kondusif calun. Pendek sungguh fikiran dan tindakkan jumud
disempurnakan kepada calun berdaftar oleh pengawas peperiksaan. Nasib
keluarga baru mula beredar dan dapatlah diselesaikan, tidak mau
anak-anak kusut fikiran kalau kita bertekak aurat dengan pengawas
peperiksaan yang hati mereka mati dan perasaan mereka macam sekeping
papan diatas tar ditengah rembang.
Apa-apa tidak timbul status, sebagai calun tumpang atau calun asal.
Kepastian dan kewajarannya adalah anak saya telah mendapat kebenaran
dan kelulusan tukar tempat peperiksaan oleh Majlis Peperiksaan
Malaysia yang yang sudah ditentukan tempat peperiksaannya iaitu di SMK
Sultan Badlishah. Kenapakah soalan tidak ada dipusat peperiksaan,
pengawas peperiksaan meletakkan kesalahan tersebut kepada calun dan
membuli calun, kenapa boleh jadi begitu?
Adakah wajar dan patut dilakukan sebegitu? Apakah itu amalan baru dan
prosedur terkini direalisasi guna pakai oleh Majlis Peperiksaan
Malaysia memberi kemudahan lepas tangan kepada pengawas peperiksaan
yang dilantik menangani keatas calun? Kenapa salahkan calun diatas
faktor pusat tidak cukup soalan? Apakah tugas hakiki Ketua Pengawas
dan Pengawas menangani dan menyelesaikan tidak cukup soalan?
Malangnya calun tumpang dijadikan macam pengemis disudut mendapat
layanan dari pengawas peperiksaan. Sedangkan nama calun telah dalam
pengetahuan Ketua Pengawas Peperiksaan MUET 2012, bersabit calun-calun
yang ditempatkan di pusat SMK Sultan Badlishah Kulim yang diamanahkan
mengawasi peperiksaan oleh Majlis Perperiksaan Malaysia, seolah-olah
amanah tersebut diketepi dan diabai oleh pengawas peperiksaan MUET di
SMK SB.
Sanggup pengawas peperiksaan memaklumkan kertas soalan tidak mencukupi
di pusat peperiksaan SMK SB. Alasan ini merupakan alasan klasik dan
purba di zaman sekarang. Ianya tidak mesra calun dan waris yang non
praktikal dan terbabas daripada realiti. Maka calun-calun tersebut
diarah kurang dari 15 minit peperiksaan bermula, terpaksa celapak ke
pusat yang lain iaitu ke Kolej MARA Kulim.
Kalaulah hari ini hari pejabat PPD buka beroperasi, pasti saya mengadu
tentang apa yang berlaku kepada calun MUET, diatas kelalaian ambil
mudah, ambil ringan oleh Pengawas dan Ketua Pengawas Peperiksaan. Kami
sekeluarga cukup-cukup kesal dan tak patut samasekali pekara sebegitu
datangnya dari pengawas peperiksaan yang dia juga seorang warga
pendidik dan mempunyai anak belajar. Macamana kalau anak beliau
dilakukan sebegitu oleh pengawas yang lain? Sendiri jawablah.
Sedangkan pusat pepereksaan itu di SMK Kluster, tidak sejajarlah
dengan pengawas pepereksaan tersebut.
Kenapakah tidak ada kontek info diantara pegawai pepereksaan MUET di
SMK SB dengan Kolej MARA disudut komunikasi informasi yang kreatif.
Alternatif yang mesra lagi pintar samada pegawai di SMK BS sorang ke
Koleh MARA Kulim pungut soalan mencukup untuk calun dan sebaliknya.
Bermakna seorang pegawai melibatkan diri mengambil kertas soalan.
Jadi saya harapkan, janganlah lagi diulang kepada calun dan anak orang
lain dalam kes yang sama. Fikir-fikirlah dengan akal minda yang sihat
bukan dalam sesuku matang berfikir dan bertindak. Tk.
RENCANA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB
No comments:
Post a Comment