KUALA KETIL - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menafikan dakwaan status Diploma Tahfiz Wal Qiraat akan dikeluarkan dari pentadbiran universiti itu sebaliknya menegaskan hanya pengurusannya sahaja bertukar.
Rektor Kuin, Profesor Datuk Dr Jamil Osman berkata, baru-baru ini, pengurusan tertinggi Kuin bersetuju untuk menyerahkan pengurusan diploma itu kepada Yayasan Islam Negeri Kedah (Yiked), manakala bagi peringkat ijazah, masih kekal di bawah kendalian Kuin.
Menurutnya, perubahan pengurusan itu merupakan amalan biasa dalam Kuin di mana kolej universiti itu mempunyai beberapa anak syarikat lain untuk membantu menguruskan keseluruhan lebih 40 jurusan yang ditawarkan setakat ini.
“Pada masa sama, Kuin kini memfokuskan usaha menghubungkan pengetahuan al-Quran dan Sunnah dengan pelbagai bidang lain yang relevan seperti kejuruteraan, perbankan Islam dan multimedia bagi membolehkan graduan yang dihasilkan berkualiti, berpengetahuan agama dan mahir menguasai pelbagai bahasa.
“Perkara sama tidak dapat dilakukan hanya sekiranya Kuin menjurus kepada bidang Tahfiz Wal Qiraat sahaja kerana graduan zaman sekarang tidak seharusnya terbatas menjadi tahfiz semata-mata, sebaliknya nilai mereka lebih tinggi sekiranya dapat menggabungkan ilmu Al-Quran dan Sunnah dengan bidang lain,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, semalam.
Dr Jamil berkata, semua pelajar Diploma Tahfiz Wal Qiraati tidak perlu bimbang dengan nasib mereka di bawah pengurusan baru kerana Kuin sentiasa menyediakan peluang kepada mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah.
Beliau turut menafikan perubahan pengurusan bagi subjek itu dibuat disebabkan rasa tidak berpuas hati pihak tertentu dengan tindakan sekumpulan pelajar mengadakan bantahan penempatan Sekolah Bestari awal bulan lalu dan menegaskan keputusan dibuat demi meningkatkan kualiti Kuin sendiri.
“Saya fikir ada pihak tertentu yang cuba menghasut pelajar sehingga menyebabkan mereka berasa terancam sekiranya pengurusan mereka diserahkan kepada Yiked.
“Kami tidak pernah melihat tindakan demonstrasi sekumpulan pelajar dan pensyarah tempoh hari mengganggu gugat pengurusan Kuin dan segala keputusan dibuat demi kebaikan semua pihak.
Dr Jamil turut mengesahkan pelajar Diploma Tahfiz Wal Qiraati tidak akan dipindahkan ke kampus utama Kuin di sini apabila beroperasi sepenuhnya Februari 2013 setelah mengambil kira permohonan pensyarah dan pelajar yang mahu terus kekal di bangunan Maahad Tahfiz Negeri Kedah.
“Penempatan mereka akan dikekalkan walaupun sebahagiannya pada asalnya bakal digunakan Sekolah Bestari dan kompleks sekolah itu akan dijadikan Kompleks Kuliyyah Al-Quran,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kemelut melanda pelajar tahfiz Kuin terus berlarutan apabila status Diploma Tahfiz Wal Qiraati, didakwa akan diserahkan kepada Yiked.
Sumber memaklumkan, keadaan itu menyebabkan seramai hampir 100 pelajar tahfiz mengambil alternatif menganjurkan majlis solat hajat di Masjid Ar-Rahman, Taman Wira Mergong, bertujuan memohon tahfiz itu tidak dikeluarkan daripada pentadbiran Kuin.
Terdahulu, lebih 100 tenaga pengajar dan pelajar tahfiz Kuliyyah Al-Quran Kuin mengadakan demonstrasi bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan Kuin dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Demonstrasi selepas solat Jumaat di pekarangan Kolej Kediaman Ar-Raziy itu bagi membantah tindakan pengurusan kolej mengambil alih sebahagian besar bangunan Maahad Tahfiz untuk Sekolah Bestari.
Bagaimanapun, Azizan dalam kenyataan balasnya berkata tiada surat pekeliling dikeluarkan berhubung pemindahan pelajar tahfiz Kuliyyah Al-Quran bagi menempatkan Sekolah Bestari di bangunan Maahad Tahfiz Negeri Kedah.

No comments:
Post a Comment