Thursday, May 19, 2011

Hina Sangatkah Sekolah Agama Rakyat wahai Mashitah..???

Minda: Kemampuan dipersoal
Dr Mashitah Ibrahim

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, seorang pelajar sekolah agama di Kelantan dipukul gurunya kerana kesalahan kecil. Muhammad Jamaluddin, berusia 14 tahun ketika itu ditempeleng dan ditendang sebelum kepalanya dihentak dengan kerusi. Dia dikejarkan ke hospital dan kulit kepalanya terpaksa dijahit.

Kes Saiful Syazani Saifu Sopfidee pula lebih tragis. Murid berusia tujuh tahun ini meninggal dunia April lalu akibat dipukul dan didera gurunya yang kini menunggu hukuman mahkamah. Dia murid Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Perlis, salah satu daripada ratusan sekolah agama persendirian.

Ini adalah antara banyak kes penderaan yang kita dengar berlaku di sekolah sebegini, selain kekerapan berlakunya kebakaran dan kehilangan nyawa. Kita masih ingat kebakaran sekolah di Yan, Kedah pada 1987 yang meragut nyawa 20 murid.

Berikutan itu, beberapa pihak menggesa kerajaan untuk mengkaji semula pengendalian sekolah agama persendirian. Yang perlu dikaji bukan saja soal keganasan dan keselamatan murid, tapi juga kelayakan dan tahap kemahiran guru, kurikulum dan perkara yang diajar kepada murid, serta prestasi sekolah. Saya sendiri menyokong cadangan ini demi masa depan pelajar dan kepentingan masyarakat.


Saya masih ingat betapa kecohnya ketika kerajaan membuat keputusan memberhentikan bantuan per kapita kepada sekolah agama rakyat (SAR) sekitar 2003. Ada pihak menjaja isu ini sampai langit hampir runtuh hingga kerajaan dituduh anti-Islam.


Pihak berkenaan juga beriya-iya mempengaruhi Majlis Raja-Raja menyebelahinya, tapi apabila Raja-Raja Melayu tidak mempersetujuinya, pihak terbabit sanggup membuat pertemuan dengan kumpulan Dong Jiao Zhong yang terkenal sebagai kumpulan ultra-Cina dalam soal pendidikan.

Kerajaan kemudian mempelawa SAR diserapkan ke dalam sistem sekolah kebangsaan. Pihak berkenaan akhirnya akur kerana kelemahan sekolah agama persendirian begitu nyata.

Kajian meliputi 49 sekolah agama persendirian mendapati 90% guru tidak ada sijil perguruan. Sekitar 26% hanya ada Sijil Sekolah Menengah Agama atau SPM atau Empat Thanawi saja. Di kalangan pengetua pula, 47% tiada ijazah dan 57% tiada skim perkhidmatan yang jelas. Lebih 90% sekolah agama rakyat tiada makmal sains, 68% tiada padang, 45% berkeadaan daif dengan bilik darjah kecil dan 25% tiada perpustakaan.

Mungkin ada yang mendakwa sekolah agama persendirian kini ada yang dimodenkan, tapi hakikatnya sekian ramai murid Melayu-Islam masih berada dalam satu sistem pendidikan jumud, di luar pentadbiran Kementerian Pelajaran.

Pengajian sains dan teknologi, bahasa peradaban dan ilmu semasa tidak digalakkan atas alasan ia sekular, sedangkan dalam masa sama ramai anak-anak pihak yang menentang kerajaan menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan luar negara mengambil pelbagai kursus yang tiada kaitan dengan pengajian al-Quran, syariah atau perundangan Islam.

Kita tidak sepatutnya bersubahat dengan mana-mana institusi pendidikan yang menyalahgunakan agama, apatah lagi yang tidak menghiraukan kebajikan dan pencapaian pelajar mereka. Kita memahami bahawa di peringkat awal dulu, keperluan pendidikan masyarakat Melayu adalah terbatas. Sebilangan kecil saja dapat melanjutkan pelajaran. Di zaman penjajah, orang biasa hantar anak ke sekolah Melayu yang terhad bilangannya manakala pembesar menghantar anak ke sekolah Inggeris.

Ada juga yang hantar anak ke sekolah pondok yang popular di kalangan penduduk Melayu luar bandar. Tetapi tidak ramai yang boleh berbuat begitu. Graduan sekolah pondok adalah daripada keluarga berada, sebab itu mereka boleh sambung pelajaran ke Mesir atau Makkah.

Lazimnya mereka buka pondok. Mereka digelar tok guru dan dihormati. Graduan yang tidak ke Timur Tengah akan pulang ke kampung sebagai tok lebai mengajar al-Quran atau mengetuai upacara keagamaan seperti tahlil dan urusan jenazah.

Dalam masyarakat tani yang miskin dan buta huruf sebelum merdeka, peranan tok guru dan tok lebai hanya mengajar al-Quran dan keperluan hukum-hakam. Mereka tidak peduli soal migrasi kaum pendatang ke Tanah Melayu, eksploitasi kekayaan negara oleh penjajah atau kemerdekaan tanah air.

Kesedaran ini ada pada graduan yang pulang dari Timur Tengah dan mendapat percikan kebangkitan Islam dipelopori Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Mereka tidak digelar tok guru, tidak buka pondok malah lebih tertumpu kepada gerakan kemerdekaan negara dan pembaharuan bangsa.

Selepas merdeka, pencapaian masyarakat Melayu dalam bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan perumahan sangat banyak dan kompleks. Malaysia maju dalam pelbagai aspek. Dalam sebuah negara semakin maju seperti Malaysia, kebolehan bertahlil dan mengajar fardu ain saja tidak cukup untuk mencapai kemajuan dan menghadapi cabaran.

Tanpa berniat memperlekeh keupayaan mereka, hakikatnya tok guru dan lebai yang lahir daripada sistem pendidikan persendirian yang menentang kerajaan tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah penurunan mata wang akibat kemelesetan ekonomi atau mengurus negara di tengah kemelut politik nasional dan global.

Umat Islam tidak akan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan membentuk acuannya yang maju dengan sekadar keupayaan tok guru dan tok lebai. Mereka mesti menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memenuhi keperluan masyarakat kepada bimbingan dan petunjuk agama.

Tugas dan peranan ulama memang besar, terutama dalam membimbing masyarakat dalam soal agama dan kehidupan. Justeru, mereka perlu hadapi cabaran ini dengan penuh kesedaran. Mereka sewajarnya melengkapkan diri dalam pelbagai bidang ilmu agar dapat memberi pandangan dan bimbingan berkesan dan dinamik agar dapat membantu membina semula tamadun Islam.

Hakikatnya, tidak ramai ulama yang antikerajaan sanggup terima cabaran ini atau sanggup membina kekuatan ilmiah dan keintelektualan. Oleh itu, mereka tidak mampu memberi bimbingan, pandangan atau panduan yang dinamik. Mereka menjadi tidak relevan dalam menghadapi cabaran semasa dan global. Ketiadaan keupayaan ini menyebabkan mereka kembali kepada peranan lama. Mereka lebih cenderung menghadapi kemelut kehidupan zaman ini dengan doa dan wirid semata-mata daripada mendalami pengetahuan Islam.

Hari ini, usaha pihak berkenaan mengembalikan pengajian Islam dan membentuk minda masyarakat Islam supaya kembali ke zaman pendidikan jumud adalah satu malapetaka kepada masyarakat Islam. Jika begini, bagaimana generasi akan datang akan menghadapi cabaran baru serba canggih?

Pihak terbabit sepatutnya mempelajari tuntutan al-Quran dan memahami petunjuk dinamiknya dan bergerak dengan kebenaran. Minda quranik tidak bersifat putus asa. Ia tidak menarik masyarakat ke belakang semata-mata kerana tidak mampu melengkapkan diri dengan kekuatan baru.

Al-Quran sentiasa relevan. Justeru, petunjuknya mengenai ilmu, bukan hanya ilmu hafalan al-Quran dan ilmu berkaitan hukum yang ditekankan. Lebih jauh ialah ilmu sains dan teknologi, kejuruteraan, perubatan, teknologi maklumat, geografi, astronomi dan sebagainya.

Pakar dalam ilmu ini tidak harus berasa bersalah kerana kurang pengetahuan dalam bidang syariah. Mereka tidak harus melepaskan rasa bersalah itu kepada anak-anak dengan menghantar mereka ke pusat asuhan atau sekolah persendirian yang tidak sealiran dengan kerajaan dan meminggirkan mereka daripada arus pendidikan negara. Anak-anak akan menjadi mangsa kepada kelemahan dan kepincangan pendidikan yang dicipta oleh khayalan individu mengenai pendidikan Islam mithali.

Sebaliknya, kekurangan mereka dalam bidang Islam kerana mengambil jurusan profesional ditampung dengan berkhidmat secara jujur di lapangan mereka bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah dan menjadikan kerja mereka di lapangan sebagai ibadah. Peluang anak-anak belajar mesti dibuka luas. Tindakan menutup peluang mereka belajar adalah satu penganiayaan.

Sebenarnya masyarakat Islam kita tidak perlu bergantung kepada sekolah persendirian yang bercanggah dengan sistem dianjurkan kerajaan untuk mendapat pendidikan Islam. Sekolah kebangsaan mampu memberi pendidikan bermutu dan seimbang di antara tuntutan fardu kifayah dan fardu ain.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_Kemampuandipersoal/Article/index_html

3 comments:

  1. Penulis artikel ini Agama apa..????Kalau Islam elok pergi mengaji pada Tok guru lain...Jangan berhujah menggunakan akal..

    ReplyDelete
  2. Beginilah akan terjadi apabila sudah menjadi gigolo dan jalang jalang politik,pandangan pandangan akan disesuaikan mengikut tuan tuan politiknya.Hakikatnya beliau sendiri tidak diterima sepenuhnya dalam partinya sendiri.Apa kedudukannya dalam parti ?,hanya sekadar Timbalan Menteri dengan titi senator,satu jawatan anugerah setelah ditolak olih rakyat kawasannya sendiri.
    Kebencian melampau pada musuh musuh politik akan diputar tanpa melihat pada realiti yang telah,sedang dan akan berlaku.Mata hati tertutup rapat ,lantaran itu gagal melihat keinginanan kesungguhan umat sekarang memenuhi pusat pusat tahfiz dan sekolah sekolah agama sehingga senarai pelajar perlu ditapis pada tahab maksima untuk mendapat produk paling terbaik.
    Satu dua kes diperbesarkan tanpa melihat beratus malah beribu kes berlaku dalam sistem sekolah yang dilacurkan mengikut kepala menteri yang menerajuinya.Bukan setakat didera,malah kes bunuh diri,bunting tanpa bapa pun bercambah.Mungkin ini dibenarkan mengikut ajaran yang diterima olih Masitah.
    Paling malang sewaktu si haprak ini melalut dalam tulisannya,beliau lupa bahawa ia menjadi hamba pada kehidupan glomor dunia dengan menidakkan keilmuan agama yang pernah dimilkinya.Logikkah seorang yang bertudong (fesyen) menjadi pengikut finatik seorang perempuan yang bersifat munafik,menutup seluruh aurat bila berada di Mekah tetapi melondeh kepala sebaik berada di Negara Islam Malaysia.
    Sekolah sekolah pondok yang dikutuknya inilah yang melahirkan ilmuan Islam yang benar benar berjuang kepada agamanya,bukan menjadi manusia cari makan dengan memperdagangkan agama.Siapa tidak kenal Masitah,yang pernah menjadi tokoh motobasi menjual diri dengan harga tertentu untuk mendapat khidmat nasihatnya,dan jika diterjemah dengan kehidupan pelacur,samalah manusia ini,cuma bedanya ini adalah pelacur agama.Hakikat yang nyata kedua duanya berdasar $$$$+RM.
    Mendifinasikan ulama yang menetang kerajaan sebagai musuh dengan melabelkan bermacam macam andaian kerana anda berada didalam kerajaan,menampakkan kebodohan sebenar Masitah.Kebodohan paling nyata kerana Masitah gagal mengetahuI bahawa dalam Malaysia bahawa ada 4 negeri dimana 2 negeri berada dalam kawalan ulama,dinasehati olih ilmuan dan professional Islam dalam perbagai bidang berbanding dengan UMNO yang peranan ulama hanya sebagai pembaca doa dalam majlis majlis kebesaran.
    Jesteru jika anda mahu sesat,sesatlah seorang diri.Jangan diajak orang lain untuk bersama sesat.

    ReplyDelete
  3. Bila dah dekat dengan PRU, masing-masing mula la nak menonjolkan diri agar yang kat Putajaya tu nampak dan kat kampung tu kenai. Cara apa saja asalkan hajat tercapai walaupun yang dihina tu adalah sebahagian daripada dirinya sendiri. Ini saja dah cukup untuk melayakkan diri sebagai munafik. Apatah lagi yang dihina tu adalah sebahagian daripada budaya sendiri yang berkaitan dengan agama. Maka terlalu melalut, tak sedar yang dihina itu juga termaasuk la agama sendiri.
    Hina sangat ka jadi Pak Lebai kat kampung. Pak ngah saya kat kampung adalah salah sorang daripada golongan yang dia hina ni. Seingat saya, walaupun arwah ayah saya graduan Mesir dan Madinah, tapi dia tak pernah memandang rendah keupayaan sepupunya ini.
    Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar kepada orang yang menulis tu. Amin

    ReplyDelete