LIHAT wajah lelaki ini, inilah wajah Mat Indera, seorang pejuang yang lahir dari tanah Johor. Baru-baru ini Mat Sabu dikecam teruk oleh media propaganda Umno kerana menyebut Mat Indera sebagai hero sebenar.
Mat Sabu dituduh sebagai penyokong dan pendukung komunis, kerana mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tapi tanpa mereka sedari Menteri Besar Johor pernah mengiktiraf Mat Indera sebagai antara 150 tokoh terbilang dari Negeri Johor.
Di bawah ini petikan teks ucapan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman pada majlis pelancaran buku "Fatimah gadis desa srikandi bangsa", di Permata Ballroom, Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru pada hari Khamis, 13 Ogos 2009 jam 10.45 pagi [http://www.johordt.gov.my]. Berita ini turut disiarkan di portal [Bernama]
Jelas sekali di dalam ucapannya menyebut hampir 150 orang tokoh terbilang yang lahir dari Johor telah ditulis biografinya dan diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dalam lima jilid. Salah satu jilid yang disebut oleh beliau ialah Pengukir Nama Johor.
Pengukir Nama Johor adalah judul sebuah buku yang turut mencatatkan biografi Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Malah di kulit luar buku ini terpampang wajah Mat Indera.
Jika gerombolan songkok tinggi tiga jengkal (United Malays No Otak) masih tak percaya dengan kewujudan buku ini. Sila buat tempahan secara online sekarang, harganya pun tak mahal baru RM20.00. Klik sini [Yayasan Warisan Johor]
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/mat-indera-antara-150-tokoh-terbilang.html#ixzz1X2sZqyyX
Komen Isac;
ReplyDeleteApa yang Pakatan dan Mat Sabu katakan hanyalah bersandarkan kepada imiginasi dan andaian semata-mata. Sememangnya Mat Indera pernah menjadi guru agama Sekolah Agama Johor di Parit Setongkat dan kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Mat Indera juga aktif di dalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).
Apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan, Ahmad bin Indera telah bertindak menyertai pergerakan gerila komunis di dalam hutan, kemungkinannya terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Dia mengetuai pergerakan komunis di bahagian selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.
Itulah hakikatnya. Satu lagi hakikat yang perlu kita terima beliau bertanggung-jawab ke atas serangan terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sehingga mengakibatkan 26 orang anggota polis, keluarga dan penduduk kampung (HG) terkorban.
Adakah itu membuktikan bahawa beliau adalah pejuang kemerdekaan??? Adakah anggota polis dan penduduk2 kampung yang mempertahankan penduduk negara daripada fahaman komunis yang menolak kepercayaan beragama wajar dilebel sebagai tali barut penjajah???
Adat dunia, manusia dan pemimpin besar pun ada masanya tersilap langkah. Tetapi wajarkah 26 mereka yang gugur di Bukit Kepong dan ramai lagi anggota2 polis, anggota keluarga mereka dan penduduk2 kampung yang berusaha untuk mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong kita "korbankan" demi untuk mengangkat Mat Indera yang tersesat mengganggotai dan memimpin Kompeni Bebas ke-4 PKM menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai Wira ???
Ni lagi satu, apa yang dia faham saja betul. Apa orang lain faham dia kata salah. Syeikh, hang buat kajian habih dah ka yang nak emosi sangat ni?
ReplyDeleteKalau setakat baca buku yang kerajaan sekarang lulus, aku cadangkan hang pi baca buku lagi. Boleh pi kat London, masuk perpustakaan Royal Asiatic Society, tengok mat saleh tulis apa pasai tragedi Bukit Kepong. Lepas tu hang tulis la banyak-banyak dalam blog ni. (Aku pun boleh belajar sekali). Baru la ok...