Showing posts with label Mat Indera. Show all posts
Showing posts with label Mat Indera. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Apabila Mat Sabu Bergandingan dengan Sabre Abu dalam team Hijau Kuning..!!

http://ecofrensatu.files.wordpress.com/2009/12/pix_topright.jpg

Gambar Hiasan

Penyerang PAS yang sudah lama direhatkan sejak 2008, Mat Sabu, yang baru diturunkan akhirnya menjelmakan gol awal dalam perlawanan menentang UMNO.

Walaupun diasak oleh pemain pertahanan lawan yang ketuai oleh Hisahamuddin Hussin dengan dibantu Khairi Jamaluddin (yang dikhabarkan akan berpindah ke pasukan baru musim depan dengan yuran perpindahan yang terendah dalam sejarah pemindahan pemain),namun ianya masih belum mampu memastikan gawang UMNO tidak bocor.

Rembatan deras Mat Sabu yang dikatakan bayangan Mat Indera penyerang sensasi Tanah Melayu yang sangat digeruni Inggeris suatu ketika dahulu, akhirnya menyebabkan penyokong UMNO mengamuk dan melemparkan objek keras sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan Harakah di Negeri Sembilan kelmarin.

Mat Sabu yang sememangnya terkenal dengan kegelicahannya mengelecek bola sebagaimana Messi, bijak merembat deras bola yang dilorongkan oleh pemain veteran PAS yang masih kuat Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penjaga Gawang UMNO Muhyiddin Yaasin dilaporkan cedera dan patah jari kerana cuba menahan bola kencang yang dirembat Mat Sabu.

Jentera serangan UMNO yang diketuai Najib Abd Razak pulak dipaksa untuk berhempas pulas untuk menembusi kubu pertahanan lawan yang diketuai Nasaruddin Hassan. Malah serangan balas yang diketuai Najib sekadar melewati palang gol walaupun sepakan gunting gaya I.S.A. digunakan oleh beliau.

Najib dilaporkan kecewa dengan prestasi hambar rakan-rakan sepasukannya yang mudah membiarkan kubu pertahan dibolosi, apatah lagi pemain pertahanan simpanan yang dimasukkan Zainal Kling juga gagal menjaga gawang UMNO bahkan menjaringkan pula gol sendiri pada minit ke-15 perlawanan, hasil perebutan bola yang berlaku dengan Saifuddin Nasution dihadapan pintu gol.Ini menyebabkan sebahagian penyokong UMNO di Britain dilaporkan kecewa dan menangis dengan apa yang dilakukan Zainal Kling.

Lebih parah lagi pada minit ke-30 Zainal Kling terpaksa diusung keluar hasil terjahan keras yang dilakukan oleh penyerang sensasi PAS Nik Abd Aziz Nik Mat.Kehadiran penyokong UMNO yang sekadar 3.4 juta tidak mampu menggerunkan pasukan anak buah Al-Marhum Fadhil Noor.

Malah pada minit ke-40 sekali lagi gawang UMNO bocor kali ini dengan rembatan hudud yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz yang bijak melepasi perangkap off said yang dilakukan oleh benteng pertahanan UMNO. Malah ketangkasan Nik Abd Aziz Nik Mat yang bijak melakukan larian biarpun secara solo mendapat pujian penjaga gawang UMNO sendiri Muhyiddin Yaasin.

Sehingga tamat separuh masa pertama UMNO dilaporkan masih buntu mencari gol walaupun berpakat dengan pengadil perlawanan Abdul Aziz Mohd. Yusof.Malah kehadiran kuda tua UMNO yang menyarung jersi lama yang berlogokan ‘tolak hudud’ Mahathir Mohamad langsung tidak memberikan sebarang ancaman kepada benteng pertahanan PAS yang dibantu oleh Mahfudz Omar.

Mahfudz yang dimasukkan oleh jurulatih PAS Abd Hadi Awang dilihat bijak merantai pergerakkan Mahathir kerana memiliki kelebihan berasal dari negeri yang sama...kah..kah..kah...

Perlawanan dijangka bersambung semula pada separuh masa kedua,namun setakat artikel ini ditulis Abdul Aziz Mohd Yusof masil lagi belium meniupkan wisel kerana menanti arahan kapten pasukan UMNO Najib Tun Razak. Separuh masa kedua ini dijangka lebih rancak hasik kata peransang yang diberikan terutamanya selepas mendapat kata peransang oleh penolong pengurus pasukan Anwar Ibrahim.

Saksikan apa akan berlaku pada separuh masa kedua...apakah mungkin PAS atau UMNO mendapatkan khidmat Safee Sali untuk mengukuhkan jentera serangan mereka?-WARTAWAN Kiyai Haraki melaporkan....Hidup Harimau Malaya!!!

Sumber: http://kiyaiharaki.blogspot.com/ (TQ Kopi Tiam Bang Nan)

Thursday, September 22, 2011

Siapa karut, Mat Sabu ke Zainal Kling?

Subky Latif

MAT Sabu menyarankan supaya sejarah ditulis semula disebabkan oleh sejarah kemerdekaan tidak ditulis dengan betul. Maka sekalian penyokong kerajaan mengira Mat Sabu mengarut.

Dalam reaksinya atas kontroversi Mat Sabu itu, Prof. Zainal Kling, jika di barat dipanggil Prof. Kling saja berpendapat Tanah Melayu tidak pernah dijajah British. Pro Mat Sabu pula mengiranya karut juga.

Saranan Prof. Kling disukai oleh Tun Dr. Mahathir. Prof. Khoo Kay Kim rasanya tertarik dengan saranan itu. Prof. Ramlah Adam pula tidak menyanggahnya.

Kesemua mereka tidak suka dengan saranan Mat Sabu; tidak tertarik supaya sejarah itu ditulis semula. Tetapi sedarkah kita saranan Zainal Kling itu telah membantu menguatkan saranan Mat Sabu supaya sejarah negara kita ditulis semula.

Saranan Zainal Kling bercanggah dengan isi sejarah yang sudah ditulis. Semua buku sejarah yang diguna di sekolah rendah, menengah dan universiti mengatakan Tanah Melayu pernah dijajah.

Semua orang baik jadi ahli politik pro kerajaan dan pembangkang, yang tidak terlibat dengan politik, buta huruf dan berpelajaran, sebelum dan selepas 31 Ogos 1957 merasakan Inggeris pernah menjajah negara mereka.

Bagi ketua sekalian profesor itu sejarah yang diketahui oleh semua orang adalah tidak betul.

Mat Sabu kata, penulisan sejarah saja yang tidak betul. Dia tidak kata sejarah yang melibatkan British itu tidak betul. Maka menganjurkan supaya sejarah bertulis itu dibetulkan. Prof. Kling tak suruh sejarah itu ditulis semula tetapi padanya sejarah yang difaham oleh semua orang itu adalah tidak betul.

Persoalannya adakah hendak dibiarkan ia tidak betul dan adakah hendak diajar juga yang dikatakan tidak betul itu kepada murid-murid dan orang ramai?

Ini telah menjadikan semua orang bercelaru dan keliru tentang sejarah yang diketahui itu dan sejarah yang ada itu juga bercelaru dan mengelirukan.

Justeru itu saranan Mat Sabu supaya ditulis semula sejarah sudah payah ditolak.

Jika sejarah itu tidak ditulis semula, orang sudah tidak tahu apakah sejarah yang diajar itu boleh dipakai atau tidak, sedang di bawah dasar yang ditentukan oleh menteri pelajaran sekarang Tan Sri Muhyidin Yasin, sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib lulus.

Adakah hendak ajar yang Mat Sabu kata tidak tepat dan Zainal Kling kata tidak betul?

Kesimpulannya buku sejarah itu kena buat yang baru. Nilai semula mana yang betul dan mana yang diselewengkan.

Antara yang kena jelaskan macam mana sebelum merdeka dulu Semenajung Tanah Melayu boleh ditukar menjadi Malaya. Sebelum datang ke Tanah Melayu, semua peta dunia menamakan negara kita ini Semenanjung Tanah Melayu. Buku sejarah dunia pun mengenalinya Semenanjung Tanah Melayu.

Selepas British datang ia ditukar menjadi Malaya. Buku sejarah dunia dan peta dunia pun memanggilnya Malaya. Universiti yang pertama ditubuhkan sebelum merdeka dulu dinamakan Universiti Malaya atau Univercity of Malaya. Hingga sekarang nama itu dikekalkan.

Siapa yang menamakannya Malaya? Inggeriskah atau Raja-Raja.

Jika Inggeris datang untuk berkhidmat kepada para Sultan, mengapa orang Inggeris tidak guna bahasa yang dipakai oleh Sultan dan yang digunakan oleh orang Melayu? Mengapa digunakan dalam pentadbiran dan urusan rasmi dalam bahasa Inggeris iaitu bahasa yang tidak difahami oleh rakyat dan tidak juga diketahui oleh para Sultan?

Bila sekolah diadakan, sekolah Melayu ada setakat darjah enam saja, tetapi sekolah Inggeris sampai darjah sembilan. Kalau Inggeris itu datang untuk berkhidmat saja bagaimana mereka ada kuasa menukarkan sesetengah sultan.

Sebelum Inggeris datang ke Perak, Perak sudah ada sultan. Bila ia datang ia boleh tukar sultan itu dengan Sultan Abdullah. Bila ada masalah dengan Sultan Abdullah dibuangnya Sultan Abdullah ke pulau di tengah laut dekat Afrika dan digantinya sultan baru.

Bila Inggeris datang semula selepas Jepun kalah, ditukarnya Sultan Selangor dengan yang baru dan Sultan Terengganu pun digantikannya dengan yang lain.

Kalau sekadar hendak menolong sultan, masakan sampai boleh menukar sultan.

Tentang bahasa pula, hingga hari ini Bahasa Melayu belum boleh menggantikan bahasa Inggeris gara-gara adanya kuasa Inggeris sebelum merdeka dulu.

Apa hendak kita tentang sejarah seperti itu?

Dan kalau yang dijajah Inggeris itu sekadar Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, mengapa perjuangan kemerdekaan itu dituntut oleh orang Perak, Kedah, Selangor, Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perlis.

Tuntut merdeka untuk Pulau Pinang dan Melaka sajalah! Sepatutnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu tidak diisytiharkan di Kuala Lumpur. Proklamirkan di Melaka dan di Pulau Pinang saja, tidak perlu libatkan negei lain di Semenanjung.

Zainal Kling tentu setuju. Kalau dia tidak setuju, dialah yang karut. Bukan Mat Sabu.

Antara PALASTEIN & BUKIT KEPONG : Hangpa kenai kaa..RAYMOND DANCEY..???


RAYMOND DANCEY Ketua Balai Polis Bukit Kepong

Sebaik saja Jepun kalah di dalam peperangan dunia ke-2, tentera-tentera Gurkha dan Fiji mula menunjukkan belang mereka di Tanah Melayu. Berdasarkan maklumat dari Pak Johan dan Awang, perangai tentera ini yang suka bermabuk-mabuk dan gilakan perempuan meresakan penduduk kampung. Barangkali mereka di luar sana boleh merujuk kepada orang-orang lama yang masih hidup bagaimana perangai tentera Fiji dan Gurkha semasa pendudukan British di Tanah Melayu. Tanyalah benarkah mereka ini akan mengambil mana-mana perempuan yang mereka suka?. Jawapan dari XPDC yang kami lalui adalah memang benar. Mereka menjadi antara punca kebencian orang kampung dan Mat Indera terhadap British.

Sebelum saya menyentuh isu serangan di Bukit Kepong, saya ingin pembaca membuka fikiran terlebih dahulu. Fakta-fakta ini hendaklah dibaca tanpa anda menghakimi siapa pengkhianat dan pejuang terlebih dahulu. Bebaskan diri anda dari kecenderungan anda sama ada kepada media Kerajaan atau Pembangkang.

Fakta penting yang harus anda tahu ialah, kebanyakkan pegawai-pegawai atasan Polis di Tanah Melayu ketika itu adalah daripada tentera British. Sebenarnya tujuan penyerangan PKM Bukit Kepong adalah SAMA seperti penyerangan pembunuhan ke atas Sir Henry Gurney. Cuma kesudahan serangan itu memberikan kesan yang berbeza.

Henry Gurney dilantik oleh British menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Kita imbas kembali peristiwa serangan PKM terhadap Henry Gurney. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frasser ketika sedang di dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat. Dia diserang hendap oleh PKM dari Parti Komunis Malaya. Kereta Roll Roycenya ditembak di tengah perjalanan. Serangan yang diketuai Chin Peng itu hanya untuk membunuh Henry Gurney sahaja - seorang ketua penjajah British. Isteri dan anaknya dibiarkan hidup ketika serangan itu di bawah arahan ketua mereka - Chin Peng. Jadi anggota PKM mematuhi arahan supaya membebaskan anak dan bini Henry Gurney.

Berbalik kepada serangan di Bukit Kepong, Mat Indera bersama bantuan PKM telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang Ketuanya ialah Ray Dancey - seorang tentera penjajah British. Bagaimanapun pada hari serangan iaitu 23 Februari 1950, Ray Dancey tiada di situ. Dan perkara itu diluar pengetahuan Mat Indera. Rancangan asal, Mat Indera bahawa serangan itu hanya sebagai amaran terhadap kerajaan British dengan membunuh Ray Dancey, namun beliau hanya menyedari ketiadaan Ray Dancey pada hari penyerangan tersebut.

Bagaimanapun ada percanggahan pendapat dari Baharum (adik Mat Indera) dan Pak Yahya (adik Pak Sanib - rakan baik Mat Indera). Menurut Baharum semalam, Mat Indera tidak terlibat di dalam serangan itu, Mat Indera hanya hadir lewat ketika serangan tetapi untuk menyelamatkan anggota Polis. Tetapi maklumat yang diterima oleh Pak Yahya daripada abangnya Pak Sanib, Mat Indera menggunakan bantuan PKM untuk melakukan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan disasarkan ke atas Ketua Polisnya Ray Dancey. Bagaimanapun fakta yang sama dari kedua-dua belah pihak adalah Mat Indera bukan seorang anggota Komunis.

Memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang ketika serangan itu, pertempuran mula tercetus apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang anggota PKM yang sedang memotong kawat berduri balai polis tersebut. Selepas itu berlakulah pertempuran yang sengit dari kedua-dua belah pihak. Walaupun didesak untuk menyerah diri, Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah diri.

Selepas PKM berjaya menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Usaha terakhir yang dapat dibuat oleh Mat Indera bagi meredakan keadaan ialah dengan memujuk Mariam supaya merayu agar polis menyerah diri. Bagaimanapun tawaran ini tidak diendahkan oleh polis. Akhirnya serangan itu berakhir dengan sebuah tragedi yang kita ketahui, dan Mat Indera tidak dapat menghalang serangan balas anggota PKM terhadap anggota polis. Kerana apa anggota PKM tidak memperdulikan arahan Mat Indera, sebab Mat Indera bukanlah ketua mereka. Mat Indera bukan Chin Peng. Menurut perbualan kali terakhir Mat Indera bersama Pak Johan sebelum beliau dihukum gantung, Mat Indera menafikan dirinya adalah seorang anggota komunis, apatah lagi ketua mereka. Mat Indera hanya bergerak di dalam serangan itu dengan bantuan PKM untuk memburu Ray Dancey, namun nasi sudah pun menjadi bubur. Anggota Polis yang ketika itu dibawah jajahan British pula menjadi mangsa.


Yusof Rono MM 7645

Apa yang dapat Mat Indera lakukan ketika itu hanyalah melindungi saki baki polis yang terselamat, antaranya ialah Yusof Rono yang ketika itu diacukan senapang di kepalanya oleh salah seorang anggota PKM, Mat Indera telah menghalangnya daripada menembak Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah! kita dah dapat apa yang kita inginkan". Ini membuat Yusof Rono terselamat daripada terbunuh. Malah isterinya mengakui insiden tersebut di dalam satu temubual terbitan RTM yang dikeluarkan pada tahun 1970an dengan berkata 'Askar komunis melayu menyelamatkan yusof rono'.

Tragedi Bukit Kepong ini telah dijadikan modal sebagai dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera yang kononnya seorang pemimpin Komunis dan menentang kerajaan British. British telah menaikkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Sebelum peristiwa Bukit Kepong, tawaran hadiah terhadap tangkapan beliau adalah $25,000 jika hidup-hidup, dan $10,000 jika mati.. Sehinggalah akhirnya Mat Indera berjaya diperdaya rakan baiknya Mat Tukyo untuk menghadiri kenduri di rumah Wak Bladang...

Bersambung...SIRI 5 (Siri Akhir)

Baca juga :

XPDC Menjejak MAT INDERA - Siri 1 : Kakak MUHYIDDIN Kekasih MAT INDERA
XPDC Menjejak MAT INDERA - Siri 2 : Perbezaan MAT INDERA Dan Hj Mohd Yassin
XPDC Menjejak MAT INDERA - Siri 3 : Isteri Kau..Isteri Aku, Punca Serangan BUKIT KEPONG

Wednesday, September 21, 2011

Kerja Karut Terbaru K'jaan Najib lakukan di bumi Malaysia..!!

Karut, mana ada kes sejarah dibicara di mahkamah

BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.

(Gambar: Mohamad bercakap kepada media selepas dibebaskan oleh mahkamah.)

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah.

Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.

Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.

"Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya.

Sunday, September 4, 2011

MB Johor kata Mat Indera Tokoh terbilang, Polis takmau tangkap?



LIHAT wajah lelaki ini, inilah wajah Mat Indera, seorang pejuang yang lahir dari tanah Johor. Baru-baru ini Mat Sabu dikecam teruk oleh media propaganda Umno kerana menyebut Mat Indera sebagai hero sebenar.


Mat Sabu dituduh sebagai penyokong dan pendukung komunis, kerana mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tapi tanpa mereka sedari Menteri Besar Johor pernah mengiktiraf Mat Indera sebagai antara 150 tokoh terbilang dari Negeri Johor.


Di bawah ini petikan teks ucapan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman pada majlis pelancaran buku "Fatimah gadis desa srikandi bangsa", di Permata Ballroom, Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru pada hari Khamis, 13 Ogos 2009 jam 10.45 pagi [http://www.johordt.gov.my]. Berita ini turut disiarkan di portal [Bernama]




Jelas sekali di dalam ucapannya menyebut hampir 150 orang tokoh terbilang yang lahir dari Johor telah ditulis biografinya dan diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dalam lima jilid. Salah satu jilid yang disebut oleh beliau ialah Pengukir Nama Johor.


Pengukir Nama Johor adalah judul sebuah buku yang turut mencatatkan biografi Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Malah di kulit luar buku ini terpampang wajah Mat Indera.


Jika gerombolan songkok tinggi tiga jengkal (United Malays No Otak) masih tak percaya dengan kewujudan buku ini. Sila buat tempahan secara online sekarang, harganya pun tak mahal baru RM20.00. Klik sini [Yayasan Warisan Johor]


ReJaM© "MB Johor kata Mat Indera Tokoh terbilang, Polis takmau tangkap?"


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/mat-indera-antara-150-tokoh-terbilang.html#ixzz1X2sZqyyX