TANJUNG DAWAI – :Segelintir penduduk Tanjung Dawai tidak berpuas hati dengan pentadbiran yang dijalankan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), kerana dikatakan pelbagai masalah yang dibangkitkan tidak dapat diselesaikan dengan baik, malah pengagihan bantuan juga tidak menyeluruh.
Penduduk, Fatima Hassan, 65, berkata, dia beberapa kali memohon bantuan bagi menampung kehidupan yang serba kekurangan melalui JKKKP sejak 2008, namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan dilakukan.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Robeah Hamid, 49, berkata, permohonan untuk baik pulih bumbung juga dilakukan dan pihak berkenaan juga sudah melakukan tinjauan beberapa kali ke rumahnya, namun keadaan bumbung bocor masih belum berganti.
“Walaupun sudah dua kali menerima kunjungan pihak berkenaan, namun sehingga kini belum dapat dibaiki,” katanya kepada Sinar Harian.
Selain itu, Mohd Fazulah Abd Hamid, 24, berkata, pekerjaannya sebagai pembawa bot penumpang memerlukan kemudahan bot dan enjin yang baik supaya perjalanan berjalan lancar.
“Permohonan mendapatkan enjin baru tidak mendapat perhatian menyebabkan saya terpaksa berhenti melakukan pekerjaan itu setelah enjin rosak teruk pada 2009,” katanya.
Menurutnya, dia banyak kali meminta penjelasan dan setiap kali permohonan susulan dibuat, pasti pelbagai alasan diterimanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Fazil Mohd, 43, berkata, pembahagian bantuan yang dijalankan JKKKP tidak dilaksanakan secara menyeluruh, begitu juga dengan pembahagian borang permohonan bantuan yang hanya diberikan kepada kroni tertentu sahaja.
“Saya kecewa dengan pentadbiran JKKKP yang hanya mengutamakan golongan tertentu sahaja dan sebahagian lagi tidak dipedulikan. Ini juga berlaku apabila orang tertentu yang tidak layak menerima bantuan seperti enjin dan bot dapat kemudahan itu, kemudiannya menjual semula peralatan bantuan untuk mendapatkan wang,” katanya.

No comments:
Post a Comment