Beri pekerja Pos Malaysia rehat setiap Sabtu
KAUNTER BERASAP
Taiping, Perak
SAYA mewakili rakan dalam Pos Malaysia terpanggil untuk menulis dalam ruangan ini bagi menyatakan rasa kecewa, terkilan dan juga tertekan hampir keseluruhan kakitangan Pos Malaysia kerana terpaksa bekerja tiga kali hari Sabtu dalam sebulan.
Sudah bertahun-tahun lamanya fenomena kegelisahan dalam diri ini kami tanggung dan kami harungi. Namun, komitmen tugas kaunter dan juga tugasan serahan tetap jua kami laksanakan. Penantian untuk satu realisasi bahawa hari Sabtu adalah hari cuti tidak jua kesampaian.
Secara jujurnya boleh ditafsirkan bahawa Pos Malaysia tidak mendokong hasrat murni kerajaan untuk melahirkan generasi berhemah dan berdisiplin. Apa pun bentuk masyarakat yang ingin kita lahirkan semua itu haruslah bermula dari rumah dan keluarga sendiri.
Namun, masa untuk kakitangan Pos Malaysia bersama-sama dengan keluarga sebenarnya amat terhad kerana kami terpaksa bekerja enam hari seminggu, kecuali minggu pertama.
Kakitangan Pos Malaysia, kerani kaunter atau pun posmen sesungguhnya terpinggir daripada melibatkan diri kegiatan kemasyarakatan. Apa jua majlis seperti mesyuarat, kegiatan kenduri dan juga lain tidak dapat kami hadiri termasuk jugalah mesyuarat PIBG sekolah.
Pihak tertinggi Pos Malaysia seharusnya lebih peka dan tidak menggunakan kakitangan dengan tujuan menjana keuntungan semata-mata. Ini adalah aspek kemanusiaan kerana kami seharusnya diberi rehat yang secukup untuk bersama ahli keluarga.
Kami kakitangan Pos Malaysia menuntut hak kami sebagai pekerja, sebagai rakyat Malaysia dan yang paling mulia hak seorang manusia.
Tahun 2012 menjelang tiba dan saya mohon semoga pihak tertinggi Pos Malaysia diberikan rasa keinsafan agar dapat memberikan titik noktah terhadap kekecewaan kami.
Harus jua saya tekankan dalam e-mel dalaman Pos yang terbaru, digesa agar kerani kaunter mempergiatkan sasaran jualan sejuta Insurans Pos 1Malaysia. Tidak terfikirkah pihak atasan bahawa ini bagaikan tindakan penindasan yang paling halus melalui slogan 'Kejayaan Pos Malaysia bermula dari anda'.
Fikirkan dan renungkanlah rintihan ini kerana dalam aspek menjaga pelanggan, keutamaan dan juga kepentingan kakitangan adalah aset utama kejayaan sebuah syarikat. Menafikan hak kakitangan dan juga hak seorang manusia adalah perbuatan yang harus diberhentikan.

mari kita bandingkan
ReplyDeletesaya bekas pekerja sebuah GLC ,"abang sulong" pada semua GLC yang ada.
saya mengetuai satu unit bahagian teknikal disatu kawasan.
selain kerja pejabat yang bermula 0830 hingga 1730 setiap hari tanpa stop operasi pada hari minggu dan cuti umum(cuti minggu tetap ada tetapi operasinya 7 hari seminggu),kami juga berhadapan dengan kerja 24 jam sehari jika ada kes breakdown.
perkara ini berterusan hinggalah saya menamatkan perkhidamtan.
hingga akhir saya suka dengan kerja saya.
ini cerita orang kerja sendiri
selepas berhenti .
disebabkan saya bukan jenis suka goyang kaki,saya membuka satu perniagaan kecil.
rupanya kerja sendiri ini lagi susah,ada kerja adalah imbuhannya.
namun bagi kedua dua situasi ini saya masih ada masa untuk libatkan diri bersama masyarakat.masih dapat bersama keluarga bercuti sehari dua.cuma perlu cari masa terluang.
sepupu saya seorang pekerja kilang yang cuti mingguannya hanya sehari dalam seminggu masih ada masa untuk berbakti pada agama dengan menjadi khatib membaca khutbah Jumaat.
cuti pada sabtu ini hanya berlaku sejak beberapa tahun ini saja.kami dulu kerja 6 hari seminggu tanpa masaalah.
cuti tahunan bukan kah ada.gunakan cuti tahunan ini.