KUALA LUMPUR-Pada masa majalah antarabangsa terkenal TIME mengiktiraf ‘para pendemo’ sebagai ‘Watak Manusia Tahun Ini (Person of the Year)’ tetapi perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap ingin mengekalkan Akta Perhimpunan Aman adalah satu tragedi kepada sejarah negara.
Dalam satu kenyataan hari ini, ahli parlimen Klang, Charles Santiago berkata cara Najib mencipta sejarah ini adalah menarik.
“Beliau menghabiskan berminggu lamanya untuk muncul sebagai reformis dengan kemunculan tiba-tiba dalam sebuah konsert pop, berbasikal dengan orang Penang dan mengumumkan satu bajet yang dilihat mementingkan rakyat.
"Semua perkara dramatik ini diikuti dengan laungan untuk membesarkan ruang demokrasi di dalam negara. Saya pun berharap ia adalah benar.
"Namun, sebelum semua keseronokan berakhir, Najib tiba-tiba memperkenalkan satu rang undang-undang yang menghalang protes jalanan. Bukan itu sahaja, beliau memperkenalkannya secara angkuh dan penuh berani.
"Kemudian, para penjilatnya pergi mempertahankan rang undang-undang tersebut sebagai cara untuk mempertahankan keamanan dan kestabilan di dalam negara,” bidas Charles.
Di dalam TIME, kata Charles, para pendemo digelar sebagai ‘prime makers of history’ (orang yang melakar sejarah), tapi di Malaysia, para pendemo yang tidak bersenjata dilayan dengan para polis yang membawa baton, disembur air asid dan gas pemedih mata.
“Dalam artikel tersebut, para pendemo digelar sebagai orang, yang pada tahun 1960 di Amerika membuat protes jalanan untuk hak-hak sivil dan menentang perang Vietnam, bangun menentang Iran dan Portugal di 1970am dan pada 1980an menentang kuasa nuklear di Amerika Syarikat dan Eropah, menentang penjajahan Israel ke atas Gaza, dan menentang kezaliman komunis di Tiananmen Square dan Timur Eropah.
"Orang sebegini, seperti rakyat Malaysia, memberanikan diri untuk ditahan dan diseksa pada tangan penguatkuasa untuk memprotes terhadap kezaliman dan memperjuangan hak asasi mereka. Mereka inilah yang akan diingati dalam sejarah sebagai orang yang berjuang menuntut perubahan dan menjadikan dunia ini lebih baik,” tambah beliau lagi.
Walaupun rang undang-undang Perhimpunan Awam diluluskan, Charles berkata rakyat Malaysia tetap memperjuangkan agar rang undang-undang tersebut dibatalkan dengan mengadakan perhimpunan di KLCC.
"Walaupun tipis peluangnya, tapi sekurang-kurangnya suara mereka didengar,” tambah beliau lagi.
Charles berkata adalah mudah untuk memahami mengapa BN ingin melaksanakan Akta Perhimpunan Awam itu dengan cepat.
“Kita semua tahu kemaluan yang menimpa Najib dan pentadbirannya ketika demo aman Bersih 2.0 di mana berpuluh ribu orang buat protes jalanan menuntut pilihanraya bebas dan adil,” kata beliau.
Naib presiden DAP turut menyelar Najib yang memainkan sentimen perkauman dalam Perhimpunan Agong Umno yang lalu.
“Ucapan rasis beliau disambut oleh pemimpin Umno yang lain, yang semuanya takut kehilangan kuasa,” tambah beliau, sambil mengingatkan bahawa semua regim yang zalim ditumbangkan dengan kebangkitan rakyat yang menuntut reformasi dan perubahan.
“Jadi, para pendemo di Malaysia mesti terus memastikan suara mereka didengar. Ia adalah agak ganjil jika Najib dan pentadbirannya gagal memahami fakta yang mudah ini,” sindir beliau.
-Harakahdaily
No comments:
Post a Comment