KONVENSYEN Pakatan Rakyat Ke-3, 14 Januari 2012 lalu telah bersepakat untuk menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan, malah menyelamatkan negara yang bakal bangkrap jika dibiarkan Umno-BN terus berkuasa.
Manakala Pengerusi Bersih 2.0, Dato’ Ambiga Sreenevasan meminta Pakatan mengemukakan rancangan untuk mengembalikan semula wang yang telah dibawa keluar dari negara ini secara haram.
Beliau berucap mewakili NGO pada sesi Suara Nurani Rakyat Malaysia, sebagai merujuk laporan yang dikeluarkan Global Financial Integrity (GFI).
Bagi Mahasiswa yang diwakili Akram Ikrami Taib Azamudden pula berkata, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) sentiasa bersedia untuk bersemuka dengan kerajaan bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan mahasiswa dan golongan anak muda di negara ini.
DAP yang diwakili Naib Pengerusi, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pula berkata, pada hari ini tanahair kita perlu diselamatkan daripada gejala rasuah, korupsi dan penyelewengan amanah awam.
Malaysia telah mencatat prestasi terburuk selama 20 tahun dan indeks rasuah telah menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3.
Kesepakatan ketiga-tiga parti utama dalam Pakatan ini menyebabkan Umno-BN semakin runsing. Mereka mendakwa PAS menjadi kuda tunggangan DAP manakala KeADILan pula berjaya menghimpit PAS supaya membuat slogan menubuhkan sebuah “Negara Islam”.
Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS, DAP dan KeADILan tidak pernah diperalat, diperkuda dan diperbodohkan antara satu sama lain, sebaliknya ketigatiga parti itu adalah “kuda-kuda perjuangan” untuk merubah landskap politik tanahair.
“Hanya dengan kuda-kuda perjuangan itu yang akan membolehkan politik kotor yang diamalkan oleh Umno-BN di negara ini dibersihkan sekiranya Pakatan berjaya melangkah ke Putrajaya pada PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.
Beliau juga yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, oleh itu dakwaan Umno yang mengatakan PAS diperalatkan atau diperkudakan oleh DAP ternyata tidak berasas.
“Kita adalah kuda-kuda perjuangan dan kita tidak sekalikali diperbodohkan oleh sesiapa, InsyaAllah,” tegasnya ketika berucap pada sesi Penggulungan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim MuĆadzam Shah, Alor Setar barubaru ini.
Kesepakatan ini sebenarnya menyebabkan kepimpinan Umno- BN sesak nafas. Ketika mereka merancang untuk merampas kembali Kedah dari tangan Pakatan Rakyat, tiba-tiba mereka dikhabarkan berita tentang Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang cukup mengemparkan.
Ketika Umno-BN tercaricari apakah program yang mampu menarik minat audien mendengarnya, mereka terkejut bila Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP, PAS dan KeADILan bersepakat untuk terus seiyasekata di dalam mencapai matlamat menawan Putrajaya.
Dalam Perhimpunan Agung Umno yang lepas, Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengajak perwakilan Umno mempertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun, kerana beliau sendiri tahu, peluang Umno-BN kali ini, masih 50-50.
Ketika mereka mengintai kawasan-kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat dengan undi tipis, Pakatan Rakyat pula yakin sokongan pengundi Cina dan India kepada gabungan itu akan melenyapkan harapan Umno-BN meneruskan pemerintahannya.
Para pemimpin Umno-BN sering memainkan cerita PAS sedang diperkudakan oleh DAP dan KeADILan. Di manamana jurucakap Umno-BN akan bercakap perkara yang sama, seperti satu skrip yang dikeluarkan dari Ibu Pejabat Umno.
Malangnya, apabila Presiden PAS menekankan bahawa antara PAS, DAP dan KeADILan tiada siapa perkudakan siapa sebaliknya ketiga-tiganya adalah kuda-kuda perjuangan, maka tentulah tergamam para jurucakap Umno-BN mendengarnya.
Apa lagi yang hendak mereka katakan, kerana Tuan Guru Abdul Hadi mengatakan, “kita tidak sekali-kali boleh diperbodohkan, Insya-Allah”.
Lebih menarik, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegas menolak sebarang usaha dan kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno-BN.
Menteri Besar Kelantan itu memberi jaminan PAS akan terus komited bersama KeADILan dan DAP dalam Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada PRU13 yang akan datang.
Beliau mendakwa dikunjungi beberapa wakil daripada Umno untuk rundingan dan memujuk PAS menyertai BN selepas PRU12 yang lalu.
“Umno minta kepada PAS masuk bersatu, saya kata cis... saya tahu anda siapa, walaupun dipujuk dan saya sendiri ditawarkan berbagai pangkat dan jawatan tinggi tapi kami tetap akan bersama Pakatan Rakyat.
“Saya menolak tawaran itu kerana tidak mahu PAS dikhianati lagi, kita pernah disengat sebelum ini dan tak mungkin PAS akan disengat lagi untuk kali keduanya,” jelas beliau semasa ucapan penggulungan pimpinan konvensyen.
Jika dulu, Umno-BN mahu bercakap pasal pembangunan yang mereka bawa, tetapi kini rata-rata penceramah Umno akan bercerita mengenai manusia yang tidak tahu berterima kasih kepada sama-sama manusia, bererti tidak tahu bersyukur kepada Tuhan.
Perdana Menteri Najib sendiri sering mengulang-ulang pemberian Bantuan Rakyat Imalaysia (BR1M) berjumlah RM500 kepada mereka yang berpendapatan seisi rumah kurang dari RM3,000 tetapi rakyat semakin sedar bahawa itu bukan duit poket Umno-BN.
Pemberian one off ini sebenarnya adalah “gula-gula menjelang pilihan raya” bagi memastikan Umno-BN tidak ditolak oleh pengundi seperti PRU12 yang lalu.
Keputusan PRU12 yang lalu menyebabkan Umno-BN tersentak dari lena mereka yang panjang, hingga menyebabkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang ketika itu Naib Presiden dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mencadangkan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memikirkan semula kedudukannya.
Sebelum itu, Badan Perhubungan Umno Negeri Johor yang dipengerusikan Dato’ Abdul Ghani Othman secara terus terang meminta Abdullah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dipertengahan penggal dan tidak menunggu sehingga PRU13.
Dalam masa yang sama, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak keluar dari Umno kerana memprotes Abdullah dan hanya masuk semula ke dalam Umno selepas Abdullah menyerahkan jawatan Presiden Umno kepada Najib.
Dalam mereka (Umno- BN) terkial-kial menarik balik sokongan ini, tiba-tiba mereka melihat gabungan Pakatan Rakyat semakin kukuh berganding bahu untuk menuju ke Putrajaya bagi menyelamatkan Malaysia dari cengkaman BN sejak sekian lama.
Umno-BN tentulah terkejut dengan kuda-kuda perjuangan ini, yang mereka sangkakan tidak boleh bersama-sama, tetapi telah berikrar untuk terus bersatu bagi menumbangkan Umno-BN.
No comments:
Post a Comment