Wednesday, February 22, 2012

Betulkah Jika Pakatan Rakyat menang, DAP akan pinda perlembagaan?

Oleh: Tok Non

Momokan yang paling kuat digunakan UMNO dalam usaha mengekalkan sokongan orang Melayu terhadap BN ialah, jika PR menang maka:

1. DAP akan pinda perlembagaan Malaysia untuk hapus kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, hak istimewa Melayu dan buang raja-raja Melayu

2. DAP akan pastikan orang Cina kuasai ekonomi Malaysia

Hujah itu walaupun tak berkesan di kalangan orang Melayu yang berpendidikan tapi bagi sebahagian orang Melayu yang tidak tahu apa-apa mengenai ilmu politik mahupun isu semasa akan percaya juga.

Oleh kerana golongan kurang ilmu ini juga adalah pengundi dalam pilihanraya, maka undi mereka akan menentukan kerajaan. Maka elok PR beri tumpuan untuk jelaskan dua perkara tersebut kepada rakyat jelata.

JAWAPANNYA:

1. DAP akan pinda perlembagaan Malaysia?

DAP bertanding 46 kerusi Parlimen, PAS 67 dan PKR 94. Semua kerusi parlimen ada 222.

Untuk pinda Perlembagaan Persekutuan maka sokongan 2/3 ahli parlimen atau 148 kerusi diperlukan. Jika DAP menang semua pun 46 kerusi, maka tak boleh pinda perlembagaan sebab tak cukup 148.

PAS dah tegaskan tak akan sokong pindaan perlembagaan yang buang kedudukan Islam, Melayu dan raja. Malah penegasan ini juga terkandung dalam Buku Jingga yang dibuat oleh PR (PAS, DAP dan PKR). Maka di mana asasnya ketakutan yang cuba dihasut oleh UMNO itu?

2. DAP akan pastikan orang Cina kuasai ekonomi Malaysia?

Ayuh UMNO, jegil bijik mata luas-luas tengok ekonomi Malaysia sekarang ni siapa yang kuasai? Orang Cina dah kuasai ekonomi sejak lebih separuh abad, dan rancak membangun ekonomi sewaktu MCA dan Gerakan yang berkongsi kuasa bersama UMNO dalam kerajaan! Orang Melayu dah jadi 'kucing kurap' dalam bidang ekonomi sewaktu DAP tidak memegang apa-apa kuasa pun dalam kerajaan.

Cubalah sedar diri sikit wahai UMNO, kelemahan UMNO sebagai kerajaan membangunkan orang Melayu, jangan asyik dok menyalahkan DAP setiap kali berbincang mengenai kegagalan Melayu di bidang ekonomi.

http://kedahla.blogspot.com/2012/02/jika-pakatan-rakyat-menang-dap-boleh.html

No comments:

Post a Comment