Nampak cadangan saya agar Pas Pusat memberi perhatian serius dan memikirkan jalan terbaik untuk meredakan kemelut Pas Kedah sudah menjadi kenyataan. Malam ini beberapa pemimpin tertinggi Ps sudah bertemu dan membincang bagaimana untuk mengatasi kegawatan yang berlaku di Kedah waktu ini.
Pertemuan itu cuba merangka formula terbaik untuk membendung apa yang berlaku agar tidak memborak menjadi lebih parah lagi yang kemudiannya boleh mengugat Pas seluruhnya.
Antara pemimpin yang hadir dalam pertemuan malam ini ialah Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub, Husam Musa. Seorang lagi Naib Presiden, Mahfuz Omar tidak hadir. Pertemuan malam ini juga turut dihadiri sama oleh Ketua Pemuda, Nasarudin Hassan, Penolong Setiausa Agung, Takiyuddin Hassan dan ahli jawatankluasa Pas Abu Bakar Chik serta beberapa yang lain.
Pertemuan untuk mencari formula menyelesaikan kemelut di Kedah itu dalam pengetahuan Presiden Abdul Hadi Awang dan juga timbalan Muhammad Sabu yang waktu ini berada di luar negeri. Muhammad Sabu sedang mengerjakan umrah.
Difahamkan hasil perbincangan malam ini akan diperincikan dalam mesyuarat jawatankuasa rasmi yang akan diadakan sebaik presiden berada di tanah air. Langkah segera diambul itu adalah satu tindakan baik bagi mengatasi kemelut di Kedah agar tidak mendalam.
Seorang pemimpin Pas memberi tahu beliau yakin kemelut yang berlaku di Kedah itu dapat diatasi berdasarkan kepada sikap ahli Pas yang terbuka dan mudah serta bersedia untuk bertolak ansur demi kebaikan parti.
"Saya yakin kemelut di Kedah itu akan selesai dengan baik kerana ahli Pas kental dengan ukhwah Islamyiah dan setiap pergeseran yang wujud adalah bukan atas dasar emosi tetapi semua dibuat untuk kebaikan parti," ujar pemimpin itu yang tidak mahu namanya disebut.
Katanya keyakinan itu berdasarkan Pas dibina dengan kekutaan dalaman iman dan takqa yang tinggi di kalangan pemimpin dan ahlinya, kerana itu ia tidak mudah untuk digugat sebarang ansir luar. [wm.kl. 2:18 t/malam 26/02/12]
Mohd Sayuti Omar,
No comments:
Post a Comment