Phahrolrazi akui ada perbezaan pendapat dengan Azizan
ALOR SETAR - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.
Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan Pas Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.
Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar".
"Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu. Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati.
"Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar. Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.
Phahrolrazi adalah seorang daripada dua Exco yang menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu. Seorang lagi adalah Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri.
Hari ini, hanya lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Kelazimannya kerajaan negeri Kedah mempunyai 10 exco.
Phahrolrazi berkata keputusan beliau untuk tidak dilantik semula menjadi exco dan sebabnya ada dimaklumkan kepada Exco yang lain dan empat lagi Exco mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.
"Tapi bila hantar surat kepada Menteri Besar (untuk tidak sambung menjadi Exco), hanya saya dan Dr Ismail yang berbuat demikian. Secara peribadi saya merasakan ia tidak serius. Saya ada alasan saya, begitu juga Dr Ismail. Saya telah menjelaskan perkara itu kepada Dewan Ulama Pas Kedah dan mereka bersetuju untuk saya tak sambung. Saya juga sudah memberi penjelasan kepada pimpinan Pas Pusat daripada Presiden sampai ke bawah," katanya.
Mengenai andaian beliau mahu menjatuhkan Menteri Besar, katanya, jika beliau mahu berbuat demikian beliau tidak sepatutnya berhenti menjadi Exco kerana ia lebih mudah.Ditanya sama ada dia masih ada masa untuk menerima pelantikan semula kerana tempoh pelantikannya masih ada sehingga 7 Mac depan, beliau berkata pimpinan Pas Pusat yang melihat perkara itu sebagai serius perlu campur tangan.
Bagaimanapun, Phahrolrazi yang masih bercuti sehingga 1 Mac ini berkata beliau dimaklumkan Menteri Besar telah mempersembahkan senarai nama 10 Exco yang tidak termasuk namanya dan Dr Ismail kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong.
" Di Kedah ni lain, Exco dilantik setiap tahun. Menteri Besar angkat sumpah sekali je (sahaja) lepas pilihan raya," katanya.
Ditanya sama ada masalah beliau dengan Azizan itu boleh diselesaikan melalui perbincangan dengan Menteri Besar itu, beliau berkata perbincangan telah diadakan tetapi masalah perbezaan pendapat itu masih berlaku dan kerana itu memerlukan campur tangan pusat.
Pada sidang media itu, Phahrolrazi turut menafikan masalah itu ada kaitan dengan kumpulan "Erdogan" atau "Anwarinas", serta pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam Pas.
"(Dalam hal ini) saya merujuk kepada Dewan Ulama. Tak berlaku pertembungan. Di Kedah sebenarnya tak berlaku perkara itu. Di peringkat nasional mungkin," katanya.
Ditanya adakah tindakan beliau dan Dr Ismail ini akan memberi kesan kepada Pas dan kerajaan negeri memandangkan keputusan itu dibuat ketika pilihan raya umum semakin hampir, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebelum ini kerana kerajaan negeri belum stabil dan beliau yakin itu tidak menjejaskan Pas.
"Menteri Besar dah cakap kerajaan Kedah teguh dan mendapat sokongan yang baik. Dia boleh lantik orang lain sebagai Exco," kataya.
Mengenai jawatan dalam parti, Phahrolrazi berkata beliau akan memikirkan semula mengenai jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. - Bernama
Ulasan GB
Susah bila diri dah rasa "terlalu pandai" - dah ada PhD / Ir.
Perangai Hassan Ali nak diikutnya. Sifat sombong, takbur dan angkuh menebal di dalam diri.
Di dalam jemaah ini, izinkan saya beritahu: tiada perbezaan seseorang yang ada PhD dengan tiada PhD.
Selalu GB suarakan, kadangkala, si penampal poster yang hanya lulus PMR itu mungkin lebih mulia di sisi Allah jika kerjanya ikhlas membantu jemaah daripada seorang yang berpendidikan sarjana atau PhD tetapi berjuang untuk nafsu peribadi dan perut mereka.
Jangan terlalu angkuh dan sombong walau sebanyak manapun pendapat kita tidak diambil kira apabila berada di dalam sesebuah organisasi.
Itu adalah ujian bagi diri kita samada kita ini bersabar di dalam perjuangan atau hati masih tebal dengan penyakit mazmumah.
Sepatutnya anda perlu merendah diri dan merujuk kepada Allah dengan "bermuhasabah" - menilai diri sendiri mengapa pendapat-pendapat anda diketepikan, bukan untuk melihat kesalahan orang lain, apatah lagi membelakangkan ketua anda sendiri.
Tak sabar nak jadi MB. Sama perangainya dengan Hassan Ali. Itu jawapan sebenarnya
Umar Al-Khattab berbeza pandangan dan pendapat dengan Saidina Abu Bakar, malah di dalam isu paling kritikal waktu itu iaitu "riddah". Tetapi Umar bersabar dan terus menerus memberi sokongan kepada usaha-usaha Saidina Abu Bakar sehinggalah akhirnya Umar mendapati hikmah yang banyak pada pendapat ketuanya Abu Bakar. Dan apabila sampai masanya kerana berkat sikap sabar Umar, Umar telah menggantikan Abu Bakar sebagai khalifah!
Begitu juga turutan sahabat-sahabat yang lain seperti Usman Affan dan Ali Abi Thalib.
Sejarah khulafau Ar-Rasyidin itu sepatutnya menjadi renungan dimana walau macamana pun hebat perbezaan pendapat, jika kita berjuang kerana Allah, kita tidak mengutamakan pendapat sendiri, sebaliknya meletakkan tsiqah kepada "ketua" yang sepatutnya diyakini mendapat lebih bimbingan dari langit apabila organisasi itu bersandarkan kepada taqwa kepada Allah.
Di dalam qaedah usul-fiqh pun sepatutnya masing-masing mengetahui bahawa kita sepatutnya mengutamakan kemaslahatan jamaah ke atas kemaslahatan seseorang individu atau peribadi.
Satu perkara saya ingin bertanya kepada YB Phahrolrazi: kenapa perlu bersuara dengan wartawan BERNAMA tetapi bukan dengan para wartawan dari jemaah sendiri? Apa muslihat kamu?
Pada bila-bila masa, saya boleh berhujjah dengan kamu yang bernama Phahrolrazi yang BERSALAH dari sudut tanzim, samada organisasi itu islamik ataupun tidak.
Kamu sepatutnya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan "ikhlas kerana Allah" sekalipun 100% pendapat kamu ditolak. Berhenti atau keluar dari organisasi yang kamu sudah diberikan peranan itu bererti kamu mengkhianati amanah dan mengkhianati kepimpinan. Apatah lagi cuba "mempengaruhi" exco-exco lain untuk memburukkan MB. Mujurlah ianya tidak direstui Allah, exco-exco lain lebih mengutamakan jemaah, hanya kamu berdua yang tidak!
GB telah suarakan sebelum ini: BERTAUBATLAH! Kembali ke dalam saf dengan merendahkan diri bersama-sama dengan mereka yang merendah diri, bukan dengan "syarat" bahawa pendapat kamu mesti diterima. Itu bukan tawadhu namanya. Di depan Allah, lucutkan dahulu PhD kamu seperti Nabi Musa disuruh menanggalkan kasutnya semasa berada di lembah thuwa!
Jika hendak bersyarat juga, usah terima jawatan exco, malah letak jawatan sebagai wakil rakyat. Kita tidak mahu adanya klon dan saki baki Hassan Ali dalam jemaah.
Dan sepertimana yang GB katakan berkali-kali, PAS ini hizbullah, (parti Allah), Allah akan tetap menjaga dan membersihkan parti ini dan mengekalkan hanya mereka yang layak dan yang tidak mengkhianati perjuangan parti berada di dalamnya.
Allah berhak untuk memilih siapa saja yang layak untuk dijadikan pemimpin di dalam partiNya sekalipun bukan dari kalangan bijakpandai yang ada gelaran PhD dan akan mengeluarkan sesiapa dari partiNya walaupun dia seorang yang ada PhD. Kerana perjuangan parti Islam menuntut bukan sahaja "keilmuan" tetapi yang terlebih penting ialah KEIKHLASAN!
Dengan sebab itulah Timbalan Presiden PAS dan Naib-naib Presiden PAS yang dipilih di dalam muktamar yang lalu tidak ada dari kalangan mereka yang memiliki kelulusan sarjana atau PhD. "Keikhlasan" mereka di dalam perjuangan tiada galang gantinya.
Dan kita serahkan kepada Allah untuk mentarbiyah saki-baki mereka yang masih seperti Hassan Ali sifat dan sikapnya yang masih berlegar di dalam parti kita. Tak usah GB sebutkan nama mereka tetapi cukuplah mereka yang sedar itu bertaubat dan memberhentikan kerja-kerja jahat mereka sebelum menerima pukulan dasyat Allah seperti yang Hassan Ali sudah terima.
Mungkin ini juga adalah sebahagian "pembersihan" yang kita telah minta kepada Allah s.w.t. sebelum ini.
http://greenboc.blogspot.com/2012/02/apakah-phahrolrazi-mahu-jadi-hassan-ali.html

Ya Allah Ya Tuhan kamip/s pada awalnya GB tak kisah dengan tindak-tanduk manusia bernama Phahrolrazi ini, tetapi, apabila beliau memilih platform BERNAMA dan media massa arus perdana dan bukan platform parti sendiri, maka itu sudah keterlaluan dan "tidak beradab". Sepatutnya beliau boleh meluahkan semuanya kepada Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayub yang telah dilantik oleh parti untuk menyelesaikan kemelut Kedah.
Selamatkanlah parti kami
dari mereka yang sengaja merosakkan
perpaduan di antara kami
Ya Allah Ya Tuhan kami
bersihkanlah parti kami
dari mereka yang berpura-pura bersama kami
sedangkan hati mereka bersama dengan
musuh Engkau dan musuh kami
hantarkanlah pukulan keras Engkau
kepada mereka yang berpura-pura itu dan
pancunglah mereka untuk kami serta
hantarkanlah mereka ke lembah suuq (buruk)
Ya Allah Ya Tuhan kami
beradalah Engkau dipihak kami
bukan di pihak mereka yang menyebabkan
jemaah parti kami berada di dalam keadaan huru-hara
dan kacau-bilau
Ya Allah Ya Tuhan kami
tolonglah kami dan jangan Engkau beri pertolongan
kepada mana-mana pemimpin yang cuba
mengkhianati dan menyesatkan kami dan jemaah ini
http://greenboc.blogspot.com/2012/02/apakah-phahrolrazi-mahu-jadi-hassan-ali.html
GB, elok tanya Dewan Ulamak Kedah dahulu sebelum buat tuduhan, mana tahu sebaliknya pula nanti.
ReplyDeleteSebenarnya yang menjadi Klon Hasan Ali ialah Azizan Razak nya .Bagi mereka yang tidak tahu dan tidak kenal siapa Azizan Razak kena lah jumpa Akar Umbi Pas di Kedah.Tahukah anda Bahawa pada awal lagi Azizan Razak merupakan satusatu Ahli Pas meminta dan memohon jawat dari Pas pusat supaya menjadi PJ Kedah.Kesah nya Panjang.Cita cita Azizan Masuk Pas sama dengan Hasan ali.Ada cita cita peri badi.Baca buka "Azizan Dalam Dosa"Azizan lebih bahaya dari Hasan Ali.
ReplyDeletekalau dah ada darah keris..tu..keris jugaklah...
ReplyDeletephahrolrazi tu baru berapa hari jadi ahli PAS berbanding Ustadz Azizan yang pernah menjawat:
Naib Presiden PAS Pusat (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989).
Phahrolrazi jadi Timbalan Psuruhjaya PAS 1 Kedah pun kerana dilantik oleh Ust Azizan!
Undertaker... nampak sangat ko ni tak tau pasai pas KEDAH...
ReplyDeleteUndertaker
ReplyDeleteKalau jenis manusia suruh baca buku untuk kenakan orang sahih spesis UMNO dengan buku2 dalilnya...Ini idea mantan PM terdahulu iaitu TDM...menulis buku untuk kenakan Tunku Abdul Rahman...
Walaupun Ustaz Azizan ketegaq aku lebih suka pilih beliau daripada Phahrolrazi tu...lebih baik beliau tumpukan pada urusan perniagaan beliau..lagi untung..sign IR saja sudah boleh dapat wang...