Tuesday, February 28, 2012

Pekan Sehari Naka sudah dibuka semula

mana pie depa yg dok hingaq tempohari...????

NAKA, 27 Februari 2012 - Isu Pekan Nat Naka yang ditutup baru baru ini telah selesai apabila ianya telah dibenarkan beroperasi semula pada Ahad lalu setelah kerja-kerja pembersihan dan pembahagian petak niaga siap dilakukan.

Setiausaha Koperasi Pekan Sehari Naka, Mohamad Izam Suhaimi Abd Rashid berkata, setakat ini 100 peniaga telah kembali berniaga semula setelah arahan penutupan sementara tapak tersebut untuk pembersihan selesai.

“Pihak kami telah menandakan kira-kira 400 petak dengan setiap satunya bersaiz 2.13 x 3.03 meter.

“Dan semua peniaga-peniaga telah ditempatkan di tapak tersebut termasuk yang sebelum ini berniaga di tepi jalan di kawasan berhampiran dan ianya menjadikan keadaan lebih teratur,” jelasnya.

Menurutnya lagi, setiap petak dikenakan sewa serendah RM2 dan bagi tujuan pembersihan pula dikenakan RM1. Selain itu, walaupun ada penyewa yang menyewa melebihi satu tapak namun tiada aduan mengenai kekurangan ruang dilaporkan.

“Penyusunan semula yang dilakukan itu dapat meningkatkan lagi tahap keselamtan, bukan sahaja kepada peniaga dan pengunjung tetapi juga kepada orang ramai yang melalui kawasan itu khususnya pelajar-pelajar sekolah.

“Sementara itu, pihak koperasi telah membekalkan plastik sampah kepada peniaga agar dapat membuang sampah ke dalam plastik berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment