WarkahDaily – Penulis blog yuseriyusoff.blogspot.com telah memberitahu, seorang pegawai atasan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpaksa meletakkan jawatannya berikutan satu pendedahan yang didakwa eksklusif sebuah blog pro-Umno, PapaGomo yang dikatakan telah diberi ‘keistimewaan’ oleh pihak TLDM untuk berada dalam kapal selam Scorpene sehinggakan isu ini menjadi panas pada tahun lepas.
Menurut blog yuseriyusoff, Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman (gambar kiri), Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambung kariernya kerana 'fe-dup' terpaksa menjadi 'fall guy' dalam kes kapal selam Scorpene iaitu KD Tun Razak.
Tindakan panglima berkenaan yang enggan menyambung kariernya didakwa berpunca daripada ‘video sulit’ yang didedahkan oleh blog pro Umno, PapaGomo.com.
Mungkin kerana beliau memikirkan perlu bertanggungjawab di atas ‘kebenaran’ yang diberikan kepada penulis blog PapaGomo untuk memasuki ruang sulit dalam kapal selam berkenaan yang dibawah perintahnya. Selain maruah krew-krew kapal yang dijaja ke alam maya (internet), seolah-olah ianya tidak lagi sulit berkaitan soal keselamatan negara.
“Dek kerana kebodohan blogger 'ikon' yang menyiarkan segala rakaman dan wajah-wajah kru KD Tun Razak di dalam laman blognya kerana terlalu ghairah ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dialah blogger pertama yang diberi 'pengiktirafan' untuk menaiki KD Tun Razak,” tulis pemilik blog yuseriyusoff.
Menurut blog yuseriyusoff lagi, ekoran tulisan pendedahan eksklusif blogger ‘ikon’ pro kerajaan (PapaGomo), menyebabkan Kementerian Pertahanan Malaysia ‘terduduk’ seketika dari Menterinya hinggalah ke pegawai-pegawai TLDM.
“Belum sempat para pegawai di Kementerian Pertahanan menarik nafas lega, mereka dikejutkan pula dengan rakaman video yang memaparkan temubual bersama kru-kru KD Tun Razak yang mana wajah-wajah mereka tidak 'dihitamkan'.
Penulis blog yuseriyusoff turut memberitahu, Dato Wira Jamil merupakan seorang anggota TLDM yang komited, rajin, dedikasi dalam tugasnya, namun kerana kebodohan PapaGomo yang menganggap dirinya sebagai ‘KING’ itu, pegawai TLDM berkenaan terpaksa melepaskan jawatannya walaupun beliau dikatakan akan dinaikkan pangkat sebagai Panglima Tentera Laut iaitu jawatan tertinggi dalam TLDM jika PapaGomo tidak melakukan pendedahan bodohnya itu.
Kata penulis blog yuseriyusoff lagi, kerana mahu dilihat hebat di mata rakyat Malaysia, tanpa disedari, pendedahan eksklusif ‘ruang sulit’ KD Tun Razak yang dibuat oleh blogger pro kerajaan itu telah mendedahkan satu perkara yang tidak patut didedahkan kerana ianya melibatkan soal keselamatan negara.
--WARKAHDAILY
http://warkahdaily.blogspot.com/2012/02/sulit-yang-tak-sulit-kerana-kebodohan.html
papagomo tu mmg bodoh...jd kamu yg cerdik ni pon jgn la sebar muka anak kapal tu...tutup la skit bahagian mata sekurang kurang...maaf kalau kasar.sekadar menegur.kalau tak tegur nanti syok sendiri.dedah aib org,tapi sendiri salah tak sedar.
ReplyDelete