Sunday, February 19, 2012

Nampak sangat nak ambik kesempatan.. Masa 2007 lagi orang dah hingaqnya.... saja nak boh taik kat K'jaan Negeri

Tumpu kubur Islam dulu
Wartawan Sinar Harian
19 Februari 2012
Tumpu kubur Islam dulu...

SUNGAI KOB - Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim menyifatkan individu dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam demonstrasi berkaitan pembinaan jirat Cina kelmarin didalangi oleh parti atau pemimpin politik tertentu.

Menurutnya, pemimpin parti politik atau NGO terdiri kalangan mereka beragama Islam seharusnya memberi tumpuan terhadap permasalahan tanah perkuburan Islam dan bukan jirat Cina.

“Isu tanah perkuburan Islam di Kulim misalnya makin serius dan harus ditangani segera. Isu memorial park yang akan dibina di Sungai Kob bukan masalah baru, tetapi pernah dibangkit sejak 2007, belum ditangani.

“Penduduk bimbang jika perkuburan dibina dalam kampung itu kemungkinan air sungai yang ada di kawasan itu akan tercemar,” katanya.

Kebelakangan ini isu itu makin diperkatakan dan dua demonstrasi dianjurkan pihak tertentu bagi mengharapkan tindakan pihak berkenaan.

Mohd Zailan berkata, demonstrasi itu diadakan semata-mata untuk menutup kelemahan pihak tertentu dalam pentadbiran mereka dan ia merupakan agenda politik.

Menurutnya, jika penduduk kampung tidak berpuas hati projek bakal dijalankan, mereka boleh membuat laporan mengikut saluran.

“Masa menjual tanah mereka, tidak timbul isu. Tetapi selepas tanah itu dijual, pelbagai perkara dibangkitkan.

“Tak perlu orang Melayu tiba-tiba bangun dan demonstrasi kerana tanah mereka sudah pun terjual,” katanya.

Beliau menyarankan semua terlibat dalam demonstrasi kelmarin memikirkan masalah tanah perkuburan Islam yang semakin serius.

Menurutnya, antara isu di Taman Selasih, ribuan penduduk Islam tiada tanah perkuburan.

“Di tanah perkuburan dekat Masjid Kulim sudah beberapa kali ditambak dan begitu juga di Keladi serta Taman Kenari. Ini yang harus diperjuangkan.

“Selesaikan masalah kita dahulu baru tangani masalah orang lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment