Friday, February 3, 2012

Siapa kata K'jaan Negeri tidak prihatin isu Rumah Mampu Milik

Keperluan rakyat terhadap rumah mampu milik perlu dipenuhi

KATA orang musang pun ada sarangnya inikan pula manusia. Keperluan memiliki rumah tidak menjadi masalah bagi rakyat yang berpendapatan tinggi dan bagi sebahagian rakyat yang mempusakai harta peninggalan ibu atau bapa mereka. Ini kerana apabila mempunyai tanah sendiri mereka hanya perlu menyediakan kos untuk membina rumah.

Menyentuh mengenai tanah pusaka sebahagian besar generasi masa depan tidak berpeluang lagi mempunyai tanah pusaka kerana perkembangan pesat sesebuah keluarga mengikut perjalanan masa. Keperluan tanah adalah menjadi penting sebagai tapak rumah selain untuk aktiviti pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan YB Dato’ Ir Phahrolrazi Md Zawawi berkata, mengikut perancangan 2020 kira-kira 60 peratus penduduk akan tinggal dalam taman-taman perumahan manakala 40 peratus lagi akan tinggal di kampung tradisional atau kampung baru.

Beliau berandaian begitu kerana generasi akan datang kebanayakan tidak mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri tetapi mereka mempunyai pekerjaan yang layak membuat pinjaman membeli rumah. Selain itu katanya trend itu bergantung kepada citarasa generasi itu memerlukan kawasan perumahan yang lengkap pelbagai kemudahan, berdekatan bandar serta pusat perniagaan. Ketika itu berlaku transformasi penduduk yang menyebabkan kampung tradisonal mengecil dari segi peratusan penduduk.

Selain itu perlu diingat ada segolongan rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak mempunyai sebarang harta atau tanah pusaka. Mereka ini akan tinggal di rumah-rumah sewa atau mendirikan rumah-rumah kecil di tanah milik orang atau milik kerajaan tanpa kebenaran.

Inilah golongan yang dikategorikan dibawah paras kemiskinan yang perlu difikirkan cara menyelesaikan masalah mereka selaras dengan agenda kerajaan mahu seluruh rakyat memiliki rumah sendiri. Rumah mampu milik berharga antara RM100 ribu sehingga RM150 ribu sama sekali tidak mampu dimiliki oleh golongan ini. Rumah kos rendah berharga antara RM35 ribu hingga RM45 ribu juga tidak mampu mereka miliki kerana tidak layak membuat pinjaman bank.

Golongan ini yang mendaftar di Bahagian Perumahan untuk mendapatkan rumah kini menjangkau 23,000 pemohon. Sehubungan itu penghuni yang mendiami perumahan awam dirayu melunaskan tunggakan sewa beli rumah mereka supaya kerajaan boleh membayar hutang perumahan kepada kerajaan Pusat. Dengan itu Negeri boleh meminjam dari Pusat untuk pembinaan rumah mampu milik yang baru.

Bagaimanapun bagi memenuhi agenda ke arah memberi keselesaan kepada rakyat Kerajaan negeri giat berusaha membantu golongan ini memiliki rumah sendiri seperti yang telah dilaksanakan di Pokok Sena sebanyak 1,811 unit rumah di Bandar Sejahtera akan dilaksanakan pula di Kubang Pasu dan Baling.

No comments:

Post a Comment